Wajah Influencer Youtube Terkenal Selepas 2 Tahun Berhenti Menggunakan Foundation

Michelle Phan merupakan antara vlogger niche kecantikan & solekan terawal di Youtube. Video-video tutorial solekannya menjadi fenomena di kalangan wanita dan channel Youtube yang dikenali sebagai Michelle Phan mempunyai hampir 9 juta pengikut. Bertitik tolak daripada populariti yang diraih melalui Youtube, Michelle mula mengeluarkan produk kosmetiknya sendiri, Em. Pada awalnya Em merupakan kerjasama antara Michelle dengan jenama kosmetik terkemuka iaitu L’oreal, tetapi kemudiannya Michelle mengusahakan Em di bawah pengurusannya sendiri.

Tutorial Video Makeup Michelle Phan

Namun begitu, sejak setahun yang lalu Michelle Phan telah meninggalkan dunia glamor Youtube dan sebelumnya mengisytiharkan bahawa beliau telah berhenti menggunakan foundation dalam rutin solekan hariannya. Beliau mengambil keputusan untuk fokus kepada dirinya dan Em serta memperbaiki rutin penjagaan kulit muka.

Menurut Michelle, sebelum ini beliau sangat bergantung kepada pemakaian foundation untuk menutupi cela wajah sehinggakan persepsi beliau terhadap kesihatan kulitnya menjadi tidak realistik. Jerawat dan, parut jerawat dan cela pada wajah merupakan tanda kulit tidak sihat dan memerlukan rawatan dan perhatian yang khusus. Tetapi pemakaian foundation telah mengaburi realiti kulit yang sebenar dan beliau berasa tidak selamat dan tidak yakin tanpa foundation dalam rutin harian.

Youtube Michelle Phan

Beliau berpendapat bahawa rutin penjagaan muka yang betul merupakan satu pelaburan bagi seseorang wanita. Setiap wanita perlu mengenali jenis kulit mereka kerana setiap kulit adalah berbeza-beza. Selain itu, wanita juga perlu mengenalpasti tabiat kulit mereka, sebagai contoh adakah kulit muka mereka mudah dinaiki jerawat sebelum haid. Hanya dengan memberi perhatian kepada muka barulah masalah kulit dapat diatasi seperti jenis produk atau rawatan yang sesuai untuk kulit anda sendiri.

Bercerita tentang rutin penjagaan muka harian yang dilakukannya, Michelle mengakui bahawa beliau adalah pengguna tegar produk-produk kecantikan daripada Korea. Antara jenis produk yang disukainya ialah masker wajah, CC cream dan compact cushion dan produk yang mensasarkan penjagaan bibir seperti lip mask. Selain itu, beliau turut menggunakan produk penjagaan rambut keluaran Korea.

Michelle sangat berbangga kerana rutin kecantikannya kini adalah lebih ringkas dan lebih jimat berbanding sebelumnya. Beliau menasihatkan agar wanita mementingkan penjagaan kulit wajah terutamanya bagi wanita yang suka bersolek kerana kulit yang sihat sebenarnya adalah ‘foundation’ seseorang wanita dan jika kulit rosak, anda memerlukan banyak masa dan wang untuk membaikinya kembali.

Berikut ialah produk kecantikan Korea yang digunakan oleh Michelle Phan :

  1. Pencuci wajah (cleanser) : Missha Near Skin pH Balancing Cleansing Foam
  2. Pencuci wajah (cleanser) : COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (ketika kulit berjerawat)
  3. Penyegar wajah (emulsion & pelembap) : Son & Park Beauty Water
  4. Skrub wajah (exfoliator) : Dr. G Brightening Peeling Gel
  5. Essence : Neogen Real Ferment Micro Essence
  6. Masker wajah : Manefit Natural Gift Green Tea Pore Care Sheet Mask
  7. Serum : Missha Time Revolution Night Repair New Science Activator Ampoule
  8. Krim : A’PIEU Madecassoside Cream (anti-kedut dan merawat kulit)
  9. Gel untuk iritasi pada kulit : Benton Aloe Propolis Soothing Gel

 

Sumber : TheKlog

Foto : Twitter & Youtube Michelle Phan

  • 4
    Shares
  • 4
    Shares
Close Menu