Connect with us

Kenali Penyakit

Tips Untuk Mencegah Sembelit Dalam Jangka Masa Panjang

Anda sudah baca artikel kami mengenai minyak zaitun sebagai rawatan sembelit?

Amalan meminum minyak zaitun sahaja tidak dapat mencegah sembelit sepenuhnya. Anda perlu mula mengubah gaya hidup dan diet anda. Di sini kami kongsikan tips-tips untuk melegakan dan mencegah sembelit.

Mulakan dengan diet pemakanan yang sihat

Kurang pengambilan makanan berserat menjadi antara punca terjadinya sembelit. Banyakkan makan buah-buahan berserat seperti prun dan pisang serta sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan vitamin C juga baik untuk melawaskan usus. Anda juga memerlukan makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt, tempe atau miso. Probiotik boleh juga diambil dalam bentuk suplemen.

Memasak menggunakan minyak zaitun

Gunakan minyak zaitun semasa memasak atau renjiskan dalam salad kegemaran anda. Minyak zaitun membantu pergerakan usus dan membantu pencernaan makan agar lebih efektif.

Minum air secukupnya

Kekurangan air dalam badan menyebabkan najis menjadi keras dan kesukaran semasa membuang air besar. Amalkan minum air sebanyak 8 gelas sehari atau anda boleh membanyakkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak kandungan air seperti tembikai.

Kurangkan pengambilan makanan berproses

Makanan berproses, bergoreng dan makanan yang tinggi lemak serta pengawet boleh menyebabkan sembelit.

Dapatkan berat badan ideal anda

Obesiti atau kegemukan boleh menjadi punca kepada sembelit. Selain meningkatkan tekanan pada usus, individu yang obes biasanya tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Banyakkan aktiviti fizikal

Lakukan senaman regangan atau berjalan untuk membantu melancarkan pergerakan usus.

Gunakan tandas mencangkung

Mencangkung merupakan posisi natural semasa membuang air besar. Jika anda mengalami sembelit, cuba duduk mencangkung. Jika anda hanya mempunyai tandas duduk, ubahsuai cara duduk anda dengan meletakkan bangku kecil.

Jadualkan masa membuang air besar

Bina rutin untuk pergi ke tandas dan membuang air besar pada waktu yang sama setiap hari. Ini dapat membantu merangsang otak dan tubuh anda untuk membuang air besar secara konsisten setiap hari.

BACA JUGA  6 Jenis Sayur dan Buah-buahan Yang Kaya Dengan Serat Serta Mudah Didapati Di Pasaraya

Perhatikan ubat-ubatan yang diambil

Jika ada jenis ubat-ubatan tertentu menyebabkan anda sembelit, berbincang dengan doktor untuk mengurangkan dos atau menukar kepada jenis ubat yang lain.

Anda mempunyai tips mencegah terjadinya sembelit? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

 

  • 3
    Shares