Connect with us

Kenali Penyakit

Tanda-tanda Anda Ketagihan Smartphone

Berapa kali anda unlock telefon pintar anda setiap hari?

Syarikat pembuat telefon pintar terkemuka, Apple, menganggarkan pengguna iPhone akan memeriksa telefon mereka sebanyak 80 kali sehari. Wow, banyaknya!

Ketagihan smartphone atau istilah lainnya, nomophobia(no-mobile-phone phobia) merupakan satu situasi di mana anda mengalami rasa resah dan gelisah keterlaluan (anxiety) apabila tidak dapat menggunakan telefon pintar anda. Tiada kayu pengukur khusus untuk mengesahkan anda ketagihan smartphone secara objektif, tetapi anda boleh memeriksa tanda-tanda ketagihan smartphone berikut :

Tidak dapat menyelesaikan kerja di rumah atau di tempat kerja

Kain baju yang dibasuh minggu lepas masih berlonggok atau hampir tiada makanan di rumah kerana masa anda telah habis digunakan untuk scroll newsfeed di Facebook, chatting melalui Whatsapp atau berbual-bual di telefon? Anda mungkin selalu lambat pulang dari kerja untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat.

Mengasingkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan

Keluarga dan kawan-kawan selalu bising anda banyak menghabiskan masa dengan telefon. Anda juga rasa pasangan dan keluarga tak memahami diri anda seperti kawan-kawan online anda. Anda selalu tidak fokus dengan perbualan bila face-to-face kerana kerap memeriksa telefon.

Terpaksa menggunakan telefon secara rahsia

Anda suka menyorokkan telefon atau berbohong mengenai aktiviti online anda kepada keluarga atau bos. Anda sering marah jika diganggu menggunakan smartphone.

Takut terlepas setiap updates di telefon (Fear of missing out)

Adakah anda selalu bangun malam untuk memeriksa telefon? Anda risau ketinggalan dan tidak up-to-date dengan situasi semasa jika tidak melihat telefon.

Rasa gelisah dan panik bila tertinggal telefon atau bateri hampir mati

Pernahkah anda mengalami phantom vibration iaitu anda rasa telefon anda vibrate, tetapi sebenarnya tiada sebarang mesej atau notifikasi baru pada telefon anda?

Selain tanda-tanda di atas, individu yang ketagihan smartphone juga mempunyai simptom withdrawal sama seperti ketagihan dadah dan rokok. Apabila penggunaan smartphone dikurangkan, individu tersebut akan mengalami :

  • Rasa gelisah
  • Mudah marah dan tersinggung
  • Tidak dapat menumpukan perhatian
  • Sukar tidur
  • Keinginan untuk mendapatkan akses kepada smartphone secara melampau

Adakah anda mempunyai ciri-ciri nomofobik seperti di atas? Mulakanlah dengan mengawal penggunaan smartphone. Disconnect to connect!

  • 6
    Shares
Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 5 Trik Untuk Mengurangkan Ketagihan Smartphone – SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *