Connect with us

Inspirasi Kurus

Tabung Susu Kurus, Rahsia Cikgu Afy Kekal Slim Walaupun Sangat Minat Memasak

Jika anda berkunjung ke Facebook wall wanita cantik yang membahasakan dirinya Cikgu Afy ini, anda mesti terpesona dengan post-post resipi masakan yang beliau kongsikan hampir setiap hari.

Di sebalik kesibukan bergelar pendidik, Cikgu Afy bijak mencuri masa untuk menulis sendiri langkah-langkah untuk menghasilkan masakan yang sedap di wall beliau sendiri. Selain teknik fotografi gambar masakan yang menarik, Cikgu Afy juga sering berkongsi tips-tips untuk sihat dan kurus melalui diet dan pemakanan menjadikan lebih 10,000 follower Facebook beliau sentiasa ternanti-nanti perkongsian daripada beliau.

tabung susu kurus

Memilih cara berdiet yang sederhana, Cikgu Afy menegaskan bahawa kita tidak perlu berlapar untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Tetapi pemilihan menu sihat dan mengecilkan kuantiti sangat membantu menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

Antara rahsia mudah untuk sentiasa berasa kenyang ialah dengan mewujudkan tabung susu kurus.

Tabung ini merupakan hasil campuran beberapa jenis bahan yang kaya dengan serat menjadikan perut sentiasa kenyang.

Cikgu Afy mengamalkan susu kurus ini segelas setiap pagi dan malam. Baginya, menu sarapan pagi yang sihat melatih diri untuk meneruskan diet tanpa rasa terbeban.

Resipi Tabung Susu Kurus

susu kurus

Berikut ialah resipi tabung susu kurus yang telah dikongsikan oleh Cikgu Afy:

  • 1 pek susu Omega plus 600gram
  • 1 pek Anzen Organic Rolled Oats Regular
  • 1 paket (250g) Nestum Original
  • 1 paket (4oog) Horlicks
  1. Sediakan satu bekas besar.
  2. Tuangkan keempat-empat bahan di atas ke dalam bekas tersebut.
  3. Tutup bekas dan goncang rata.

Cara minum: Setiap pagi masukkan 3 sudu besar susu kurus dan campurkan air yang betul-betul panas ke dalam gelas. Biarkan oat betul-betul kembang. Nak lebih umph, tambahkan cebisan kurma.

Bagi mereka yang tidak gemar manis atau prihatin dengan kadar pengambilan gula seharian, anda boleh mengubahsuai resipi ini dengan  memasukkan Nestum dan Horlicks separuh paket sahaja. Pastikan Nestum yang dibeli adalah daripada jenis Original dan bukan 3 in 1.

BACA JUGA  Kenapa Saya Mempunyai Perut Buncit? Ini Jawapannya.

Selain itu, setiap 2 sudu besar susu Omega plus (~31g) yang dibancuh dalam segelas air mengandungi 13.2 gram gula, iaitu separuh daripada pengambilan gula harian yang disarankan oleh WHO. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan jenama susu tepung lain atau memilih susu segar.

INSPIRASI KURUS CIKGU AFY

  1. Kecilkan kuantiti makanan, tak perlu berlapar.
  2. Rancang menu sihat. Banyakkan pengambilan makanan kaya serat supaya kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
  3. Mulakan hari dengan sarapan pagi yang sihat. Ia memberi motivasi untuk meneruskan diet tanpa merasa terbeban.
  • 159
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *