Connect with us

Inspirasi Kurus

Pasangan Suami Isteri Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 9.8kg Selepas 2 Minggu Berdiet

Sudah menjadi kebiasaan bagi yang sudah berumahtangga, samada suami atau isteri atau kedua-duanya untuk mengalami perubahan bentuk badan selepas berkahwin. Bak kata orang, itu tanda bahagia. Namun begitu, bahagia berperut buncit atau berpipi tembam tidak berkekalan jika salah seorang mengalami masalah kesihatan kerana berat badan yang berlebihan.

Situasi ini selalunya menjadi dorongan utama untuk suami isteri sama-sama menjaga kesihatan dan menjalani proses menurunkan berat badan.

Pasangan MZulqarnain dan Sazarina ini adalah antara pasangan suami isteri yang berusaha dan berjaya menurunkan berat badan melalui diet Atkins. Selepas 2 minggu memulakan program diet bersama-sama, Sazarina telah berjaya menurunkan sebanyak 3.2kg, manakala berat badan MZulqarnain pula susut sebanyak 6.6kg. Mereka menetapkan sasaran untuk mengurangkan berat badan kepada BMI normal iaitu ≤ 25kg/m².

Berikut ialah 8 tips berdiet bersama pasangan yang dikongsikan oleh Saudara MZulqarnain di Facebook tentang bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan daripada paras obesiti kepada paras lebih berat badan.

  1. Daily diet low carbohydrate intake for 2 weeks. (Follow Atkins punya diet plan).
  2. Get support from wife. (Suami isteri kene sama sama tolong menolong menjayakan misi ini. Kalau tak,memang ke laut la.)
  3. Reach out and learn correct tips, food menus, skills & advices from over 516K Atkins members seMalaysia. (Masing-masing contribute untuk saling membantu memberi galakan supaya kekal +ve ). Join Group. Kalau sorang-sorang nak diet memang sukar nak cakap la. Dugaan tinggi. Korang pun tahu kan.
  4. Jangan bertangguh, tunggu dan lihat je. Kena jalan terus buat. JUST DO IT. Experience sendiri proses day by day.
  5. Doa semoga Allah permudahkan urusan, kuatkan semangat untuk kekal sihat serta dijauhkan dari sebarang penyakit.
  6. Banyak bersabar sepanjang proses diet sebab anda nak tukar plan pemakanan yang lama ke baru ni memang mencabar sebab anda di fasa 1. Fasa 2, 3, 4 nanti makin mudah Insyallah.
  7. Senaman otot & regangan buat 20-30 minit je kasi keluar peluh. Saya tak sempat hit gym.
  8. Diet bukan bermaksud anda kena tak makan, tahan lapar. Saya sepanjang proses ni saya sentiasa kenyang dan badan pun segar.
BACA JUGA  2 Sebab Penting Kenapa Perempuan Bawah Umur 40 Tahun Tidak Patut Gemuk

Itulah 8 tips berguna daripada Saudara MZulqarnain Zinedine yang merupakan salah seorang daripada pengasas bersama  wangian auraterapi dan aromaterapi berasaskan minyak esential semulajadi jenama Azwaj dan Neuro. Setiap profail wangian yang dihasilkan adalah bersifat personal berdasarkan aura diri dan warna tenaga tubuh, menjadikan pemakai berasa tenang dan lebih segar.

Semoga lebih ramai pasangan suami isteri di luar sana termotivasi dengan tips-tips yang telah dikongsikan oleh pasangan ini. Isteri-isteri, walaupun kajian sains telah membuktikan yang lelaki lebih mudah turun berat badan daripada wanita, janganlah putus asa untuk berdiet dengan suami. Insha Allah, semoga suami lebih sayang dan menghargai anda.

  • 129
    Shares