Berita
Stres Bekerja dan Masalah Keluarga Cetus Kemurungan di Kalangan Rakyat Malaysia
Stres bekerja dan masalah keluarga bakal menjadikan kemurungan atau depresi sebagai masalah mental utama di kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2020, menurut Tan Sri Lee Lam Thye.
Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia itu memetik statistik yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2017 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 17% kes-kes kemurungan dan keresahan jika dibandingkan dengan statistik daripada kajian yang sama pada taun 2011.
“Kebanyakan orang merasakan sukar untuk mengatasi masalah yang timbul di tempat kerja dan tidak mampu mengendalikan stres, dan lebih sukar jika pada masa yang sama mereka mengalami masalah dengan keluarga dan tidak mendapat sokongan emosi.”
“Mereka berkemungkinan lebih cenderung untuk tidak menyuarakan fikiran dan memendam rasa jika mereka tidak menjumpai jalan untuk meluahkan kekecewaan mereka.” katanya dalam kenyataan semalam.
Lee menambah, kajian pakar menunjukkan peningkatan sebanyak 50% bagi pesakit kemurungan atau depresi dari tahun 2011 hingga 2015.
Oleh itu, rakyat perlu diberi kesedaran mengenai penyakit ini dan pihak terlibat perlu menjalankan program pencegahan serta program-program untuk membantu rakyat menguruskan kesejahteraan mental mereka.
Antara langkah berkesan untuk mencegah kemurungan dan keresahan di kalangan individu ialah bersenam secara konsisten, tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan mengelakkan platform media social seperti Whatsapp sekurang-kurang 45 minit sebelum tidur.
Tambah beliau, menurut Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya depresi dan keresahan boleh dirawat jika dikesan awal.
Sumber: The Star
Pingback: Penyakit Mental Adalah Penyakit Kedua Terbesar di Malaysia – Daily Rakyat
Pingback: 6 Makanan Penghilang Stress & Rendah Risiko Mendapat Kencing Manis | SihatKini
Pingback: Ubah Jadual Tidur Serta Merta Jika Anda Mempunyai Simptom Kurang Tidur Ini | SihatKini