Connect with us

Kecantikan

Rahsia Rambut Cantik Menggunakan Minyak Zaitun

Minyak zaitun telah digunakan untuk kecantikan sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Walaupun tidak seefektif minyak kelapa, minyak zaitun asli kaya dengan lemak seperti asid oleik dan asid palmitik, menjadikan ia sesuai untuk melembap dan menghaluskan kulit dan rambut.

Berikut ialah rahsia mendapatkan rambut cantik dengan hanya menggunakan minyak zaitun.

Bukan semua jenis rambut sesuai

Sebelum menggunakan minyak zaitun, kenali dahulu jenis rambut anda. Rambut yang berminyak dan nipis tidak sesuai menggunakan minyak zaitun. Jenis rambut tebal dan kering akan mendapat manfaat daripada penggunaan minyak ini. Rambut akan menjadi lebih kuat, sihat dan bersinar.

Jika anda selalu mengerintingkan, meluruskan atau mewarnakan rambut, minyak zaitun merupakan minyak yang baik untuk rambut anda. Gunakan minyak zaitun 72 jam selepas anda membuat rawatan rambut.

Baik untuk rambut bercabang

Rambut yang kering biasanya menyebabkan hujungnya bercabang dan kusut. Sapukan sedikit minyak zaitun pada hujung rambut bercabang. Minyak zaitun merawat rambut bercabang dengan pantas.

Merawat rambut kusut

Buat rawatan minyak panas menggunakan minyak zaitun. Panaskan 5-6 sudu besar minyak zaitun dalam microwave selama 10 saat. Jika rambut anda panjang, anda mungkin memerlukan setengah cawan minyak zaitun. Biarkan suam dan ratakan pada rambut sedikit demi sedikit. Balut dengan tuala atau shower cap dan biarkan selama 30 minit. Elok dilakukan seminggu sekali.

Mengurangkan kelemumur

Campuran minyak zaitun bersama lemon boleh mengurangkan masalah kelemumur. Lemon membuatkan kelemumur lekang daripada kulit kepala manakala minyak zaitun akan melindungi kulit kepala baru. Campurkan 1 sudu besar setiap bahan berikut – minyak zaitun, lemon dan air. Kemudian, lumurkan dan urut kepala dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air dan syampu. Amalkan setiap 2 minggu.

BACA JUGA  Amalan Minum Minyak Zaitun Melegakan Sembelit

 

Gambar oleh Element5 Digital from Pexels

  • 4
    Shares
Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Cara Guna Cuka Epal Untuk Dapatkan Rambut Seperti Dirawat Di Salon | SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *