Connect with us

Berita

3 Rahsia Kesihatan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, pada 10 Mei 2018.

Dr Mahathir, 93, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir dikurniakan surat cara perlantikan oleh Sultan Muhammad V, sebelum mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia.

Berikut adalah rahsia Tun Mahathir kekal cergas dan bertenaga pada usia 93 tahun menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 :

  1. Saya cuma ingin berkata bahawa dalam kehidupan kita segala-galanya mestilah sederhana, tidak keterlaluan sebab itu bagi saya satu perkara yang amat penting sekali ialah saya tidak menghisap rokok,

  2. saya tidak minum arak, dan

  3. bila makan saya makan tidak terlalu banyak.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Mahathir mengulas lebih lanjut berkenaan tips di atas, “Bila kita makan terlalu banyak maka perut kita akan menjadi lebih besar, bila perut kita lagi besar kita mesti makan banyak baru berasa kenyang. Satu hari (bila makanan) berasa amat sedap kita makan lebih daripada biasa dan perut (jadi lebih) besar lagi.”
“Semakin lama perut kita akan semakin besar, kita perlu makan banyak sebelum kita kenyang dan itu akan menyebabkan badan kita menjadi gemuk, berat, dan tidak sihat.”

Beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

BACA JUGA  Rahsia Hidup Sihat Lebih 100 Tahun Menurut Masyarakat Okinawa

“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak”

“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.

Tun Mahathir juga turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dahulu.

“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.”

“Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.

Continue Reading
Advertisement
3 Comments

3 Comments

  1. Nur Raihan Idris

    Mei 25, 2018 at 3:26 pm

    Assalamualaikum..

    Saya Nur Raihan mewakili syarikat penerbitan PNI Neuron(M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan bahan-bahan sekolah. Saya cuba menghubungi pihak Tuan/Puan tetapi tidak berjaya mendapatkan nombor telefon.
    Kami sedang dalam usaha menghasilkan satu produk berkaitan Perdana Menteri yang terkini iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kami dapati gambar yang sesuai yang untuk kami gunakan boleh didapati daripada laman web Tuan/Puan dalam artikel yang bertajuk “3 Rahsia Kesihatan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia Ke -7”. Kami ingin mendapatkan pengesahan adakah gambar tersebut hak milik Tuan/Puan. Jika ya, kami ingin meminta keizinan pihak Tuan/Puan untuk membenarkan kami menggunakan gambar tersebut.
    Saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan “feedback” dengan kadar segera. Sila hubungi saya pada nombor 010-2324781 untuk membincangkan perkara ini.

    Sekian, Terima Kasih.

  2. Pingback: 3 Rahsia Kekal Sihat Tun Mahathir – Daily Rakyat

  3. Pingback: Rahsia Hidup Sihat Lebih 100 Tahun Menurut Masyarakat Okinawa | SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *