Connect with us

Berita

Posisi Buang Air Besar Terbaik Selepas Mencangkung, Untuk Yang Selalu Sembelit

Jika anda mengalami masalah sembelit, ambil bangku kecil dan letakkan kedua kaki anda ketika membuang air besar menggunakan tandas duduk, menurut kajian.

Posisi ini sangat dekat dengan posisi mencangkung yang biasanya diamalkan di sebahagian besar negara Asia, Afrika dan Timur Tengah. Ia berlawanan dengan posisi yang digunapakai oleh penduduk di negara maju iaitu menggunakan tandas duduk. Posisi duduk sambil meletakkan bangku kecil ini mengubah sudut anatomi seseorang ke arah yang lebih positif.

Dr Rohan Modi, doktor residen bahagian perubatan dalaman di Wexner Medical Center, Ohio State University menjelaskan bahawa penggunaan bangku mempengaruhi kadar pergerakan usus, menghasilkan tekanan yang cukup dan melawaskan pembuangan air besar.

Kajian ini telah dibentangkan oleh Dr. Modi bersama sekumpulan penyelidik di World Congress of Gastroenterology, Orlando.

Sembelit ialah situasi di mana kekerapan membuang air besar seseorang individu adalah kurang daripada 4 kali seminggu. Selain itu sembelit juga terjadi apabila najis yang dihasilkan adalah kering dan keras berbanding biasa.

Masalah sembelit boleh diatasi dengan hanya mengubah corak pemakanan seperti minum air secukupnya dan meningkatkan pengambilan serat. Sembelit juga boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang didapati di farmasi seperti laksatif dan/atau ubat pelembut najis. Dalam kes tertentu mereka yang sembelit perlu melalui pembedahan untuk merawat usus rektum tersumbat atau kolon tidak berfungsi.

Kajian mengenai penggunaan bangku semasa membuang air besar yang dilakukan oleh Dr Modi melibatkan seramai 52 orang responden lelaki dan wanita serta mempunyai purata umur 29 tahun.

Sebelum menggunakan bangku, hampir 30% mengalami kesulitan untuk membuang air besar manakala 44% yang lain mengakui bahawa mereka perlu meneran semasa proses tersebut. Hampir 56% mendapati kesan darah semasa membuang air besar.

BACA JUGA  5 Petua Hilangkan Sembelit Bayi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Sebanyak 1000 pergerakan usus telah dikesan dan lebih 700 dibantu oleh penggunaan bangku.

Penyelidik mendapati bahawa masa yang diambil untuk membuang air besar semakin pendek, mereka kurang meneran daripada biasa dan pembuangan air besar menjadi lebih lawas.

Seramai 2/3 daripada responden berhasrat untuk menjadikan solusi ini sebagai salah satu rutin buang air besar mereka.

Modi bercadang untuk melakukan kajian yang lebih mendalam melibatkan pesakit-pesakit yang berada di hospital dan institusi jagaan tertentu. Kajian juga akan melibatkan mereka yang mengalami masalah buasir dan/atau sembelit yang berpunca daripada pemggunaan opioid.

Sumber: EverydayHealth

  • 7
    Shares
Continue Reading
Advertisement
5 Comments

5 Comments

  1. Pingback: KETAHUI TABIAT MEMBUANG AIR BESAR: Membawa Perubahan Besar Dari Segi Kualiti Hidup – Daily Rakyat

  2. Pingback: Petua Menghilangkan Sembelit dan Melancarkan Buang Air Besar Yang Berkesan | SihatKini

  3. Pingback: Tips Untuk Mencegah Sembelit Dalam Jangka Masa Panjang | SihatKini

  4. FAIZ SAAID

    September 28, 2018 at 2:12 pm

    hebat penulisan blog ini, teruskan memberi yang terbaik

    • SihatKini

      Oktober 1, 2018 at 11:49 am

      Terima kasih Tuan Faiz Diet Diet Sihat kerana sudi berkunjung ke sini. Jom, sama-sama berkongsi untuk kebaikan semua.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *