Connect with us

Kenali Penyakit

Petua Menghilangkan Sembelit dan Melancarkan Buang Air Besar Yang Berkesan

Pasti ramai mengalami masalah sembelit dan memerlukan petua menghilangkan sembelit. Kekerapan membuang air besar adalah tidak sama dari individu ke individu yang lain, bergantung kepada jantina, umur, pemakanan dan gaya hidup. Secara umumnya, sembelit ialah situasi di mana kekerapan membuang air besar seseorang individu kurang daripada 4 kali seminggu.

Sembelit bukan sahaja mengurangkan kekerapan membuang air besar, malah ia menghasilkan najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkan sehingga anda perlu meneran dan mengambil masa yang lama di dalam tandas.

Selalunya sembelit dikaitkan dengan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) atau kurang mengambil makanan berserat.

Tetapi masalah sukar membuang air besar ini mungkin juga petanda situasi yang lebih serius seperti stres, perubahan hormon, kecederaan pada tulang belakang atau saraf tunjang, masalah otot, kanser atau struktur organ penghadaman yang abnormal.

Masalah sembelit yang teruk dan kerap berlaku boleh menganggu fizikal dan mental seseorang.

Berikut ialah petua-petua berkesan untuk menghilangkan sembelit untuk dicuba oleh anda yang dihantui oleh masalah ini. Jangan lupa amalkan juga urutan kolon seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah.

Petua menghilangkan sembelit jangka pendek

1. Pengambilan serat (fiber) dalam bentuk suplemen

Jika masalah sembelit anda berpunca daripada kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat, suplemen fiber mungkin dapat membantu melegakan anda. Serat akan menghasilkan najis yang lebih berisi dan memberi rangsangan kepada usus untuk menolak keluar najis tersebut. Antara suplemen yang popular untuk melegakan sembelit ialah psyllium husk yang kaya dengan serat larut.

BACA JUGA  Tanda-tanda Kanser Usus Yang Patut Kita Tahu

Love Earth Organic Psyllium Husk Suplemen SembelitMaklumat Lanjut

Suplemen fiber lain yang boleh anda cuba ialah Nutrelle Extra iaitu suplemen dalam bentuk minuman yang mengandungi kombinasi serat larut dan tak larut (dipanggil mulitifiber blend iaitu campuran spirulina, beras, psyllium dan wheatgrass), prebiotik, aloe vera, ekstrak teh hijau dan enzim-enzim untuk pencernaan.

Eskayvie Nutrelle Suplemen SembelitMaklumat Lanjut

2. Makan makanan tinggi serat

Berikut merupakan senarai makanan yang kaya dengan serat.

  • Oat
  • Roti atau bijirin mil penuh (wholemeal)
  • Buah-buahan atau sayuran yang kaya dengan serat
  • Nasi dan kekacang

Makanan di atas mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang baik untuk pergerakan usus. Serat larut berperanan untuk menyerap air di dalam usus dan menjadikan najis lebih lembut, manakala serat tidak larut pula akan menghasilkan najis yang lebih berisi untuk menolak keluar najis daripada usus.

3. Minum segelas air

Pengambilan air yang cukup iaitu sebanyak 8 gelas sehari sangat penting untuk pergerakan usus. Untuk mencegah sembelit, anda disarankan untuk minum air secukupnya. Jika anda sedang mengalami sembelit, minum 2-4 gelas air lebih daripada biasa. Walau bagaimanapun, alkohol, soda dan kafein akan memburukkan lagi keadaan.

4. Julap atau laksatif perangsang

Julap perangsang mendorong pergerakan usus dengan meningkatkan pengecutan otot dalam usus. Ia boleh didapati di farmasi sebagai bisacodyl (Dulcolax) atau senna-sennoside.

5. Julap atau laksatif osmosis

Julap osmosis adalah sejenis laksatif yang menarik air ke dalam najis, menyebabkan najis lembut dan lebih kerap, lebih mudah untuk melalui pergerakan usus. Antara contoh julap osmosis yang boleh didapatkan daripada farmasi ialah susu magnesia, PEG dan lactulose.

6. Julap atau laksatif pelincir

Julap jenis ini pula memberikan kesan licin pada permukaan usus dan memudahkan pergerakan usus semasa membuang air besar. Antaranya ialah pengambilan minyak mineral dan minyak zaitun 2 jam selepas makan.

BACA JUGA  Amalan Minum Minyak Zaitun Melegakan Sembelit

7. Gunakan pelembut najis

Pelembut najis seperti docusate sodium dan docusate calcium juga bertindak untuk meresap air ke dalam najis.

8. Masukkan enema

Enema ialah satu cara untuk memasukkan cecair ke dalam dubur untuk melembutkan najis sekaligus merangsang pergerakan usus (peristalsis). Antara jenis enema yang ada di pasaran ialah sodium fosfat dan enema yang mengandungi air paip biasa.

Berikut ialah langkah-langkah untuk memasukkan enema dengan mudah:

Cara Menggunakan Enema

Sumber: Health Plexus

9. Masukkan supositori

Seperti enema, supositori merupakan ubat pejal atau separa pejal yang perlu dimasukkan ke dalam dubur. Gliserin atau bisacodyl merupakan supositori yang boleh didapati dengan mudah di farmasi.

10. Buang air besar dalam posisi mencangkung

Jika anda tidak mempunyai tandas cangkung, gunakan bangku kecil untuk meletakkan kaki semasa membuang air besar. Posisi buang air besar ini akan mengurangkan keperluan untuk anda meneran semasa membuang air besar.

11. Bersenam

Menggerakkan anggota badan boleh merangsang peristalsis pada usus. Cuba anda lakukan senaman ringan seperti berjalan laju atau joging.

12. Lakukan urutan pada kolon anda

Urutan abdomen yang mensasarkan bahagian usus (kolon) boleh membantu pergerakan usus. Video di bawah menunjukkan cara-cara untuk melakukan urutan jika anda sembelit.

Petua menghilangkan sembelit jangka panjang

Tips-tips yang dikongsikan di atas hanya membantu masalah sembelit untuk jangka waktu yang pendek. Jika anda mengalami sembelit yang kronik, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Berikut ialah petua untuk menghilangkan sembelit yang kronik.

  • Banyakkan mengambil makanan berserat. Pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan sebanyak 14g serat bagi setiap 1000 kalori. Buah-buahan dan sayur-sayuran berserat , kekacang dan bijirin penuh merupakan makanan terbaik yang mengandungi kandungan serat tinggi. Selain itu, pengambilan suplemen fiber seperti yang dicadangkan di atas mungkin membantu.
  • Jadikan senaman sebagai rutin. Anda boleh mula berjalan, joging, berbasikal atau berenang untuk memastikan pengaliran darah lebih lancar dan usus dapat bekerja dengan lebih baik.
  • Pengurusan stres yang baik juga penting bagi menghilangkan sembelit kerana ia salah satu faktor utama sembelit.
  • Jangan tahan jika ingin membuang air besar.
BACA JUGA  6 Makanan Punca Sembelit Yang Menjadi Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Bila anda perlu berjumpa doktor?

Jika masalah sembelit anda berlarutan lebih daripada seminggu dan petua-petua di atas tidak dapat menghilangkan sembelit, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan kerana sembelit mungkin petanda penyakit yang lebih serius seperti kanser usus. Sila ke klinik dengan segera jika masalah sembelit anda disertai dengan simptom-simptom seperti pening, keletihan dan perut memulas.

  • 2
    Shares