Jerawat Di Dagu & 3 Tempat Ini Tanda Gaya Hidup Tidak Sihat

Rupanya setiap lokasi tumbuhnya jerawat pada muka kita seperti tumbuh jerawat di dagu mempunyai maksudnya yang tersendiri. Berita buruk tentang fakta ini ialah ia sebenarnya petanda gaya hidup yang sedang kita jalani mempunyai masalah.

Berita baik pula, anda boleh mengatasi masalah jerawat di dagu dan di bahagian muka yang lain dengan membuat perubahan pada tabiat hidup anda.

Jerawat Di Garisan Rambut. Periksa Cara Anda Menjaga Rambut.

jerawat di garisan rambut

Jerawat pada bahagian ini juga digelar sebagai ‘jerawat pomade’. Pomade merupakan sejenis produk yang memberi gaya kepada rambut. Penggunaan pomade yang berasaskan minyak menyebabkan kelenjar minyak atau sebum tersumbat. Inilah puncanya kenapa jerawat terbentuk.

Jika anda sering mendapat jerawat di garis rambut seperti ini, hentikan penggunaan pomade. Basuh muka anda dengan bersih dengan memberikan perhatian pada bahagian ini dan gunakan syampu jenis clarifying untuk memastikan kepala anda betul-betul bersih. Gunakan produk bukan komedogenik iaitu produk yang tidak berpotensi.

Tutup bahagian muka anda dengan tangan atau tuala kecil ketika menggunakan syampu kering atau produk spray rambut.

GVC Clarifying Hair & Scalp Shampoo merupakan syampu rambut dari jenis clarifying yang bebas daripada minyak mineral, sodium laureath sulfate, paraben dan tidak diuji pada haiwan. Selain itu, ia mengandungi minyak habbatus sauda organik menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar.

Jerawat Di Pipi. Perhatikan Telefon dan Sarung Bantal Anda.

jerawat di pipi

Telefon anda mungkin menempatkan lebih banyak kuman berbanding tempat duduk dalam tandas anda, menurut Business Insider. Bakteria yang terdapat pada skrin telefon boleh dipindahkan ke bahagian muka semasa anda sedang bercakap menggunakan telefon. Ia juga boleh merebak dan menyebabkan jerawat di dagu.

BACA JUGA  Cara Hilangkan Parut Jerawat Degil Berdasarkan Jenisnya

Jika anda sering mendapati jerawat pada bahagian sebelah pipi sahaja, mulakan memeriksa telefon, sarung bantal dan hentikan kerap menyentuh pipi menggunakan tangan.

Gunakan tisu basah yang mengandungi bahan pembasmi kuman untuk mengurangkan jerawat. Tukar sarung bantal anda seminggu sekali dan gunakan alat bantu dengar berteknologi Bluetooth semasa bercakap menggunakan telefon.

Jerawat Di Dagu. Masa Untuk Salahkan Hormon.

jerawat di dagu

Paras hormon androgen yang tinggi boleh menyebabkan masalah jerawat di dagu. Biasanya hormon ini akan meningkat seminggu sebelum datangnya haid atau ketika seseorang wanita mula menggunakan alat perancang kehamilan daripada jenis hormon.

Perubahan hormon juga boleh disebabkan oleh diet yang tinggi karbohidrat dan produk tenusu yang mengandungi hormon. Kurangkan pengambilan gula, roti putih, makanan diproses dan produk tenusu dan perhatikan jika jerawat di dagu anda mula berkurangan.

Kunjungi doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan masalah anda.

Jerawat Pada Dahi Dan Hidung. Minyak, minyak, minyak.

jerawat di dahi dan hidung

Jerawat pada zon-T boleh disebabkan oleh minyak dan stres. Dalam satu kajian ke atas pelajar sekolah lelaki di Singapura mendapati bahawa tahap stres yang tinggi boleh menyebabkan masalah jerawat semakin teruk, tanpa meningkatkan penghasilan minyak pada muka.

Kajian yang lain pula mendapati mereka yang bangun dalam keadaan letih lebih cenderung untuk mengalami masalah jerawat.

Jika anda mendapati masalah jerawat anda berkait rapat dengan pola tidur dan stres yang sedang alami, amalkan 7 tips untuk mendapatkan tidur malam yang lebih lena ini. Mendengar muzik dan bersenam juga boleh memberikan ketenangan kepada anda.

Kurangkan menyentuh bahagian dahi menggunakan tangan kerana anda boleh menyebabkan minyak dan kotoran dipindahkan kepada kulit dan memburukkan masalah jerawat yang sedang dialami.

BACA JUGA  Cara Hilangkan Parut Jerawat Degil Berdasarkan Jenisnya

Mereka yang mempunyai kulit berminyak mungkin boleh mencuba Neutrogena Oil-Free Acne Face Wash With Salicylic Acid.

Kesimpulan

Faktor yang disebutkan di atas tidak semuanya menyebabkan jerawat benar-benar tumbuh pada tempat-tempat yang telah dinyatakan. Tetapi ia boleh dijadikan panduan awal untuk mereka yang mengalami masalah jerawat di dagu dan tempat-tempat lain pada muka untuk menyemak kembali cara hidup mereka.

Jika masalah jerawat anda tidak dapat diatasi dengan melakukan rawatan sendiri di rumah, kunjungi doktor kulit berdekatan untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan rawatan yang betul bagi merawat masalah jerawat di muka anda.

Jerawat yang tidak dirawat dengan betul boleh menghasilkan parut jerawat yang degil. Lebih sukar untuk hilangkan parut jerawat berbanding merawat jerawat itu sendiri.

Sumber: Healthline

Foto: Epiphany Dermatology

  • 13
    Shares
  • 13
    Shares
Close Menu