Connect with us

Pemakanan

6 Makanan Penghilang Stress & Rendah Risiko Mendapat Kencing Manis

Kecenderungan untuk makan kek, coklat dan minum minuman manis semasa stress sentiasa menjadi bualan hangat di kalangan saintis. Kajian demi kajian dilakukan untuk mencari hubungkait antara stress dan makanan manis. Dalam satu kajian, saintis mendapati bahawa makanan manis menjadi makanan penghilang stress kerana ia mampu mengurangkan hormon kortisol, iaitu hormon yang bertanggungjawab memberi respon ketika stress.

Namun begitu, ‘comfort food’ ini berisiko untuk memberi kesan buruk kepada kesihatan. Obesiti dan kencing manis adalah 2 akibat buruk daripada pengambilan makanan manis yang kerap. Kedua penyakit ini jika tidak dicegah boleh menyumbang kepada penyakit-penyakit lain yang lebih kritikal melibatkan organ saraf dan jantung.

Stress pula jika tidak dikawal, akan membawa kepada kemurungan atau depresi yang semakin gagah menaiki tangga carta penyakit utama di Malaysia.

Lalu, bagaimana cara untuk menangani stress secara sihat melalui pemakanan?

Sumber dari Kementerian Kesihatan menyenaraikan 6 makanan sihat berikut sebagai penghilang stress yang ampuh.

Aprikot kering

Buah aprikot kering kaya dengan magnesium iaitu zat penangkis stress semulajadi. Magnesium sangat bermanfaat untuk menstabilkan kesihatan saraf dan merehatkan otot-otot. Selain itu, ia juga mengurangkan situasi jantung berdebar ketika stress. Aprikot juga kaya dengan vitamin C yang mampu menguatkan sistem imun tubuh badan manusia yang lemah ketika stress kerana peningkatan hormon kortisol dan penghasilan radikal bebas.

Sumber kekacang

Kacang pula adalah sumber kepada tryptophan, iaitu sejenis protein yang menjadi komponen kepada hormon gembira, serotonin. Selain itu, ia mengandungi vitamin B, vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B dan magnesium mengawal selia mood dan meredakan stress, manakala zink pula bertindak untuk melawan kesan negatif akibat stress. Vitamin E merupakan antioksidan yang menyahkan radikal bebas yang terhasil daripada stress.

BACA JUGA  Stres Bekerja dan Masalah Keluarga Cetus Kemurungan di Kalangan Rakyat Malaysia

Sumber ikan

Jenis ikan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon, sardin, tuna, tenggiri, makerel dan kembung, membantu menguruskan hormon adrenaline untuk menghasilkan rasa tenang. Omega-3 juga melindungi individu penyakit jantung yang sangat berkait rapat dengan stress. Selain itu, ikan juga kaya dengan vitamin B terutamanya B6 dan B12 yang membantu penghasilan hormon serotonin manakala choline pula mampu meningkatkan daya memori yang merudum semasa tertekan.

Susu

Susu dan bahan tenusu yang lain seperti yogurt adalah sumber kalsium dan vitamin B yang baik. Ia membantu menguatkan tulang dan baik untuk kesihatan saraf. Susu juga mengandungi banyak tryptophan yang memberikan rasa tenang sebagai penghilang stress. Mungkin ini adalah sebab kenapa ada yang mengamalkan minum segelas susu sebelum waktu tidur. Elakkan susu berperisa kerana ini mengandungi kadar gula yang tinggi. Sebaliknya, pilihlah susu segar tanpa perisa untuk lebih manfaat tanpa meningkatkan paras gula dalam darah.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Oren, pisang dan beri biru merupakan senarai buah-buahan yang boleh membantu menghadapi tekanan. Oren dan beri biru mengandungi antioksidan yang tinggi untuk merawat sel-sel yang rosak kerana radikal bebas yang terhasil akibat stress. Pisang pula menyumbang kepada kandungan potasium yang boleh menenangkan selain kaya dengan trypyophan. Kandungan folik asid yang tinggi dalam sayur-sayuran hijau turut berperanan dalam menghasilkan neurotransmitter yang menambah baik mood seperti dopamine dan serotonin.

Bijirin penuh

Bijirin penuh mengandungi vitamin B untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan; sarat dengan mineral seperti magnesium, kalsium dan potasium yang menenangkan sel-sel saraf; juga sumber protein dan serat yang terbaik. Kesemua nutrisi ini mengurangkan keresahan dan stress di samping meningkatkan daya tumpuan. Ia juga mengandungi karbohidrat yang dapat menstabilkan paras gula dalam darah.

BACA JUGA  Stres Bekerja dan Masalah Keluarga Cetus Kemurungan di Kalangan Rakyat Malaysia

Sumber: Health 24, Radio Ikim

 

 

  • 125
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *