Connect with us

Berita

Makan Mee Segera Setiap Hari, Pelajar Mati Kerana Kanser Perut

Kematian seorang pelajar universiti yang rajin dan cemerlang kerana kanser perut, telah menggemparkan Taiwan.

Pelajar lelaki berusia 18 tahun tersebut terkenal dengan sikapnya yang rajin dan bekerja keras dalam pelajaran sehingga beliau sentiasa berjaga malam untuk belajar dan menyiapkan kerja kursus. Sikap ini telah dibawa sejak daripada bangku sekolah, di mana beliau telah muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya.

Malangnya selain rajin belajar, pelajar berkenaan juga mempunyai tabiat makan yang tidak sihat iaitu beliau mengamalkan makan mee segera setiap malam. Menurut akhbar Taiwan, SeeHua News, semasa beliau menjejakkan kaki ke universiti, beliau telah beberapa tahun mengamalkan makan mee segera setiap hari.

Hasil kegigihan belajar, beliau telah berjaya menempatkan dirinya di universiti pilihannya – tetapi tidak lama kemudian beliau mula berasa tidak sihat dan sentiasa berasa mual, kembung dan sakit perut.

Mendapati keadaan kesihatannya semakin teruk, ahli keluarga beliau telah membawanya ke hospital. Keputusannya, beliau telah didiagnosis menghidap penyakit kanser perut tahap empat dan mempunyai peluang yang tipis untuk hidup.

Selepas setahun bergelut dengan penyakit kanser perut, pelajar cemerlang tersebut meninggal dunia.

Sehubungan dengan kes kematian yang mendapat perhatian meluas media-media Taiwan ini, pakar onkologi di mana pelajar tersebut menerima rawatan, Dr Yan Jiarui menasihatkan supaya orang ramai mengurangkan pengambilan mee segera dan makanan-makanan yang boleh menjadi punca kanser perut yang lain seperti jeruk dan daging merah.

 

Sumber: New Straits Times

  • 190
    Shares
BACA JUGA  Kanser Perut: Tanda-tanda Awal Sukar Dikesan
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *