Connect with us

Kenali Penyakit

Tips Sebenar Menguruskan Anak Yang Dijangkiti HFMD daripada Doktor Perubatan Bertauliah

Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) baru-baru ini sudah pasti menimbulkan panik di kalangan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Namun begitu, bukan semua kes HFMD yang dikenalpasti melalui simptom ulser mulut dan ruam ini berakhir dengan kematian, bahkan ia sebenarnya adalah sejenis penyakit yang tidak perlu kepada ubat-ubatan khusus.

Doktor Hafez Iftiqar Termizi berkongsi tentang langkah-langkah menguruskan anak-anak yang mempunyai simptom HFMD.

1. Saya berjumpa hampir 3 kes HFMD setiap minggu. Dalam kebanyakan kes, ibu bapa tidak perlu kalut membawa anak ke Jabatan Kecemasan. Terburu-buru begini sebenarnya tidak membantu dalam keadaan wabak (epidemic). Media massa, dalam banyak situasi, berjaya mencipta kalut tapi jarang menunjuk jalan betul. HFMD ialah bawaan virus, akan pulih sendiri dan tidak perlu kepada antibiotic.

2. Untuk anak-anak yang dijangkiti, cukup dengan berjumpa doktor di klinik atau klinik kesihatan. Kes-kes yang serius sudah tentu akan dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut.. Dalam situasi wabak, quarantine adalah penting – kurangkan membawa anak ke tempat awam kerana HFMD boleh berjangkit hanya dengan menyentuh permukaan tercemar.

3. Hanya dalam segelintir kecil kes sahaja boleh menyebabkan kematian, kebiasaannya disebabkan komplikasi jangkitan seperti dehidrasi yang teruk, Gullian Barre Syndrome dan jangkitan paru-paru (bronchitis/pneumonia).

4. Mengurus anak yang dijangkiti HFMD ialah semudah ABCD.

5. “A”: Aktif: ‘A’ boleh berubah-ubah, tapi pastikan tidak merudum. Pastikan anak anda alert (sedar) dan berinteraksi baik dengan anda . Meragam itu biasa. Bertindak kalau anak anda meracau atau separuh sedar sepanjang masa. Demam tinggi kadang-kadang menyebabkan sawan (febrile convulsion). Panadol boleh digunakan untuk kawal demam.

BACA JUGA  Kenapa Ibu Bapa Perlu Berjaga-jaga dengan HFMD?

6. “B”: Breathing: Anak anda perlu bernafas dengan baik. Perhatikan bahagian dada dan perut. Kalau permukaan tersedut ke dalam, lebih-lebih lagi kalau anak nampak kesusahan, ini tanda kesukaran bernafas yang memerlukan bersegera ke hospital.

7. “C”: Colour. Pucat/kebiruan tanda yang tidak bagus.

8. “D”: Dehydration. Pengambilan air adalah penting. Pastikan anak anda masih sekurang-kurangnya minum separuh daripada jumlah biasa. Untuk anak kecil, pastikan sekurang-kurangnya menghasilkan 5 pampers basah dalam tempoh 24 jam.

Sumber: Facebook Dr Hafez Iftiqar Termizi

  • 2
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *