Connect with us

Tips Kesihatan

Ketahui Kepentingan dan Kegunaan Time Slip Yang Diterima Semasa Rawatan di Klinik/Hospital Kerajaan

Time slip itu adalah satu dokumen yang dikeluarkan sebagai bukti anda telah mendapatkan rawatan di klinik/hospital kerajaan untuk diberikan kepada majikan yang mencatatkan masa, tarikh  anda mendapatkan rawatan dalam waktu bekerja. Dokumen time slip ini merupakan dokumen rasmi serta dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Untuk Siapakah Time Slip ini?

01. Yang tidak BERKELAYAKAN untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC).

02. Ibu bapa yang meninggalkan waktu bekerja untuk membawa anak mendapatkan rawatan di hospital / klinik.

Berapakah masa maksimum yang dibenarkan?

Maksimum masa time slip yang dibenarkan adalah adalah selama 4 jam.

TAPI,

Kalau di wad-wad hospital kerajaan, time slip HANYA dikeluarkan kepada anda yang menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan kemasukan ahli keluarga ke wad hospital kerajaan bertujuan memaklumkan kepada majikan bahawasanya anda telah menggunakan masa bekerja tersebut untuk menguruskan ahli keluarga di hospital.

Tak bolehlah sewenang-wenangnya memohon time slip daripada pihak hospital tanpa sebab munasabah.

Tidak boleh juga memohon time slip untuk hampir setiap ahli keluarga. Kalau boleh nak satu sorang. Kalau ada 6 beradik nak 6. Yang menguruskan pesakit di wad, seorang je pun. Tapi minta timeslip sampai satu kampung.

Secara ringkasnya, time slip itu satu dokumentasi dan bukti bahawa seseorang itu telah hadir ke hospital atau klinik bermula dari dapatkan nombor giliran sehingga TAMAT rawatan rawatan di sana.

Bukan untuk cover masa selepas TAMAT rawatan. Time slip tu boleh fotokopi. So sorang yang dapat tu kena share lah dengan yang lain. Sama-sama merasa. Hanya 1 Time Slip untuk 1 pesakit /tally untuk hari itu SAHAJA.


BERISIKO TINGGI JIKA DIUBAH SUAI TEMPOH WAKTU.

Jika diletakkan lebih masa dari tu dan JIKA terjadi apa-apa pada pesakit di sepanjang perjalanan balik ke tempat kerje, contohnya tempoh time slip sampai pukul 12pm, padahal rawatan tamat pada  pukul 10am. Kerana alasannya tempat kerje jauh perlukan lebih masa, kerana jalan jem, parking susah nak dapat dan lain lain alasan.

JIKALAU pesakit ditakdirkan terjadi kemalangan, pihak hospital yang kena bertanggungjawab atas kecuaian tersebut. Soalan yang mudah ini sahaja akan membuatkan pihak hospital bersalah dan bertanggungjawab atas kejadian itu.

 Kenapa timeslip dia waktu mcmni masih di hospital / klinik..tp skrg ada atas jalanraya?

Sebagai penutup, ada pihak swasta yang menerima time slip ini sebagai bukti kehadiran ke hospital/klinik bagi mendapatkan rawatan, ada juga pihak swasta yang tidak menerima. Bergantung pada majikan anda. Apapun, time slip ni jangan tertukar ya dengan payslip 🙂

  • 15
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *