Connect with us

Berita

Kenapa Lelaki Yang Ingin Panjang Umur Perlu Kahwin Dengan Wanita Yang Cerdik

Kajian terkini oleh pakar kesihatan mental menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai pasangan yang cerdik, hidup lebih lama, mempunyai tahap kesihatan yang lebih bagus dan lebih bahagia.

Profesor Lawrence Whalley yang merupakan penyelidik dan pensyarah dalam bidang kesihatan mental di Universiti Aberdeen  berkata wanita yang sentiasa merangsang daya fikiran sang suami berupaya mencegah penyakit dementia. Beliau berkata demikian dalam sebuah konferens bertajuk ‘Dementia: How Can We Protect Ourselves?’.

“Ada satu perkara di mana lelaki semasa mudanya tidak tahu dia perlu lakukan untuk mendapatkan umur yang panjang – tetapi apa yang dia patut lakukan – ialah mengahwini wanita yang bijak. Tidak ada langkah pencegahan yang lebih baik selain daripada kebijaksanaan.”

Profesor Whalley merujuk kepada satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Aberdeen yang membabitkan pasangan kembar dan dementia. Kumpulan penyelidik tersebut menjalankan kajian terhadap pasangan kembar yang dipisahkan sejak lahir untuk mendapatkan jawapan samada faktor genetik atau faktor persekitaran memainkan peranan terhadap terjadinya penyakit dementia di kalangan mereka yang berusia.

Secara kasarnya, setiap pasangan kembar mempunyai maklumat DNA yang sama jadi risiko untuk mereka mendapat Alzheimer sepatutnya sama atas faktor genetik. Namun begitu, jika pasangan ini dipisahkan sejak lahir sudah tentu mereka dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza. Ini membantu penyelidik untuk mengkaji faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi keadaan mental mereka.

Salah satu faktor terkuat yang telah dikenalpasti membezakan risiko dementia dan Alzheimer bagi pasangan kembar ini ialah kebijaksanaan individu.

Samada kebijaksanaan ini datang daripada keupayaan otak mereka sendiri, ataupun dirangsang oleh kecerdikan pasangan mereka, kedua-duanya mampu menjadikan mereka lebih kebal terhadap penyakit dementia dan Alzheimer semasa tua.

Adakah Perlu Mencari Pasangan Yang Bijak Semata-mata?

Tidak. Pasangan yang bijak tidak menjamin 100% bahawa sesuatu perkahwinan itu akan bahagia dan berkekalan.

Kesefahaman antara pasangan, kesanggupan untuk bersama-sama menghadapi cabaran hidup dan kesediaan untuk memberi komitmen kepada perhubungan menjadi faktor utama kepada perkahwinan yang bahagia.

Selain mengahwini pasangan yang cerdik, Profesor Whalley turut menyenaraikan faktor-faktor lain yang berkesan untuk menghindari dementia.

  • Taraf pendidikan yang tinggi
  • Kekerapan melakukan aktiviti rangsangan otak
  • Kerjaya yang hebat
  • Kewangan yang kukuh
  • Status pekerjaan bapa ketika zaman kanak-kanak
  • Pola pemakanan ibu ketika mengandung
  • Skor IQ ketika kanak-kanak
  • Mempelajari bahasa baru
  • Peralihan kerjaya ketika pertengahan usia

Antara aktiviti rangsangan otak yang sering dicadangkan ialah bermain teka silang kata. Tetapi mempelajari skil baru, melancong malah mencari jalan pulang ke rumah tanpa bantuan Google Maps boleh membantu daya ingatan seseorang.

Memilih pasangan yang bijak bererti anda mempunyai teman untuk melakukan aktiviti rangsangan otak bersama-sama setiap hari dan menjadikan anda lebih bermotivasi untuk mendapatkan daya ingatan yang baik.

Sumber: Higher Perspective

  • 6
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *