Connect with us

Berita

Jus Kesihatan Buatan Malaysia Telah Mengakibatkan Kematian Seorang Warga Singapura, Dipercayai Telah Diharamkan Sebelum Ini Namun Mangsa Masih Amalkan Secara Konsisten

Yang disangkakan penawar, rupanya racun. Itulah nasib yang menimpa seorang wanita warganegara Singapura berusia 28 tahun dipercayai meninggal dunia selepas mengamalkan minuman jus kesihatan berwarna ungu selama 6 bulan. Produk jus tersebut dibeli daripada sebuah kedai di Geylang tetapi dihasilkan di Malaysia.

Menurut akhbar Sinchew, Titinlismawati mula mengambil jus berkenaan selepas mengalami sakit kaki kerana penyakit gout yang dihidapinya dan pada awalnya mendapati sakit kakinya mula berkurangan.

Bukan itu sahaja, bapanya juga yang berusia 61 tahun turut mencuba jus tesebut dan mendakwa bahawa ia berkesan mengurangkan rasa sakit yang dialaminya. Walau bagaimanapun, beliau khuatir jika kesan tersebut adalah disebabkan oleh bahan terlarang yang dicampurkan dalam jus berkenaan.

Bapa Titinlismawati segera memberhentikan pengambilan jus ungu tersebut tetapi anaknya tetap meneruskannya selama 6 bulan berturut-turut.

Awalnya Gastroenteritis, Akhirnya Tragedi

Pada hari Khamis (20 September), Titinlismawati telah mengadu mengalami sakit belakang kepada keluarganya semasa mereka berkumpul untuk menikmati makan malam, lalu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan pada keesokan harinya.

Sakit belakang yang beliau alami didiagnosa sebagai radang perut dan usus (gastroenteritis). Beliau telah mengambil dan menelan ubat yang diberikan di klinik berkenaan.

Sebaik saja tiba di rumah pada jam 11 pagi, Titinlismawati mula mengalami kesukaran untuk bernafas. Beliau telah ditemui oleh adik beradiknya dalam keadaan berpeluh dan sesak nafas. Bapanya segera melakukan resusitasi atau CPR dan ahli keluarganya mula menghubungi ambulans.

Selepas setengah jam pasukan perubatan berhempas pulas untuk menyelamatkannya di hospital, beliau mula tidak sedarkan diri dan koma.

Keluarganya bersetuju untuk membenarkan pihak hospital menyelamatkan nyawanya walaupun beliau berisiko untuk mengalami mati otak. Tetapi pada jam 9 malam, Titinlismawati telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah Di Sebalik Jus Ungu

Mengesyaki kematian beliau berkait rapat dengan jus ungu yang telah beliau ambil selama 6 bulan, keluarga Titinlismawati telah menyerahkan jus berkenaan kepada pegawai siasatan untuk menjalankan ujian bagi mengesahkan punca kematian.

Didapati bahawa jus berkenaan sebenarnya telah diharamkan penjualannya dari tahun 2017 manakala penjualannya di Brunei telah dilarang sejak 9 Jun 2018. Ia dikesan mengandungi dexamethasone iaitu sejenis steroid yang dikelaskan sebagai ubat terkawal.

Dexamethasone digunakan sebagai ubat anti-keradangan, rawatan penyakit auto imun seperti rheumatoid arthritis, rawatan masalah kelenjar adrenal dan juga untuk merawat kesan sampingan akibat kemoterapi.

Menurut laman The Malaysian Medical Gazette,

Di fasiliti kesihatan kerajaan (klinik, hospital atau institut rawatan di bawah Kementerian Kesihatan), dexamethasone diklasifikasikan sebagai ubat kelas A. Penggunaan ubat kelas A perlu dipersetujui & dipreskrib sendiri oleh pakar perubatan*. Prosedur tersebut perlu untuk memastikan dexamethasone digunakan oleh pesakit dengan selamat.

Antara kesan sampingan akibat penggunaan dexamethasone yang tidak terkawal dalam jangka masa panjang ialah:

  • Ulser perut
  • Gangguan sistem hormon adrenal
  • Osteoporosis
  • Peningkatan tekanan darah tinggi
  • Kegagalan jantung

Sumber: Brunei MOH

 

Berikut ialah produk-produk kesihatan yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa negara Brunei baru-baru ini:

  • Jus Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif (Malaysia)
  • Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif (Malaysia)
  • Jus Penawar 1001 Khasiat Jus Alternatif Resdung (Malaysia)
  • Herba Saraf Pil
  • Proven Capsule 350mg (France)
  • Royal Café Drink (Malaysia)

Berikut ialah kenyataan akhbar yang baru saja dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 24 September 2018 berkenaan produk-produk dalam senarai di atas. Baca kenyataan akhbar.

Sebagai pengguna yang bijak, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk-produk kesihatan yang sedang membanjiri pasaran sekarang. Pastikan produk mempunyai label kandungan yang jelas dan anda tahu kesan atau risiko yang diambil jika ia mengandungi bahan terlarang.

Sumber: WorldofBuzz

  • 530
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *