Connect with us

Berita

Virus HFMD Ditemui Pada Troli Pasaraya

Ekoran penularan penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD, terdapat lebih kurang 30 buah sekolah, tadika dan pusat jagaan harian ditutup di Pulau Pinang. Dalam siasatan untuk mengenalpasti punca peningkatan penyakit berjangkit ini, pihak berwajib telah menemui virus coxsakie pada troli dan peralatan mainan kanak-kanak di pasaraya.

Virus HFMD sangat mudah disebarkan melalui hingus atau lendiran tekak, air liur, lelehan daripada ruam yang berair, najis dan melalui udara ketika batuk atau bersin. Risiko jangkitan adalah sangat tinggi di awal penyakit yang mana simptom HFMD kebiasaannya dimulai dengan demam dan ulser dalam mulut. Kemudian, ruam-ruam merah atau berair muncul pada tapak tangan, tapak kaki dan sekitar mulut kanak-kanak terbabit.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah mengambil tindakan dengan memberi peringatan kepada pemilik pasaraya untuk menjalankan disinfeksi pada setiap troli, bangku dan peralatan mainan kanak-kanak menggunakan bahan peluntur. Justeru itu, ibu bapa perlu mengambil langkah awal dengan memantau kesihatan anak-anak dan mengkuarantin anak-anak yang tidak sihat, di samping mengurangkan aktiviti di tempat awam.

Maklumat lanjut mengenai simptom dan rawatan penyakit HFMD boleh didapati daripada artikel kami sebelum ini.

 

Sumber: TheStar

BACA JUGA  Tips Sebenar Menguruskan Anak Yang Dijangkiti HFMD daripada Doktor Perubatan Bertauliah
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *