Connect with us

Penjagaan Bayi

Petua Rawatan Bayi Ekzema Tanpa Menggunakan Steroid

Kanak-kanak terutamanya yang masih lagi bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan senang terdedah kepada penyakit kulit. Ruam lampin, ruam susu dan ekzema merupakan masalah kulit yang sering dihadapi oleh bayi. Walaupun ekzema bayi tidak mempunyai penawar khusus, tetapi dengan penjagaan yang betul masalah ini dapat dikawal kekerapannya.

Post kali ini akan menerangkan cara untuk mengenali ekzema bayi dan petua untuk merawat tanpa menggunakan ubat-ubatan seperti steroid.

Namun begitu, ibu bapa perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor perubatan untuk memastikan bahawa bayi anda benar-benar menghidap ekzema sebelum mengamalkan tips dan petua menangani bayi ekzema yang disyorkan ini.

Apa itu ekzema?

Ekzema merupakan masalah kulit yang seringkali dialami oleh kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak menghidapi ekzema sebelum berumur 5 tahun. Terdapat pelbagai jenis ekzema tetapi yang akan dibincang di sini ialah ekzema dari jenis atopic dermatitis.

Ekzema dikenalpasti melalui keadaan kulit yang kemerahan, kering, gatal, bengkak dan berkerak.

Bagaimana rupa penyakit ekzema?

Rupa ekzema pada kanak-kanak adalah berbeza daripada ekzema bayi. Selain itu, bahagian anggota badan yang mengalami ekzema juga berubah mengikut umur.

Bayi berusia 6 bulan ke bawah

Ekzema bagi bayi berusia 6 bulan ke bawah biasanya didapati di kawasan kepala dan muka terutamanya pipi, dagu dan dahi. Walaupun anggota tubuh bayi yang lain juga berkemungkinan untuk mengalami masalah ekzema, tetapi ia tidak didapati pada bahagian anggota yang ditutupi lampin kerana bahagian tersebut mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ekzema pada usia ini kelihatan lebih merah dan berair.

Bayi berusia 6 – 12 bulan

Pada usia ini, ekzema terjadi di bahagian lutut dan siku. Dua anggota badan ini sering mengalami geseran akibat bayi sudah mula merangkak. Jika ekzema mengalami jangkitan kuman, kepingan kuping berwarna kuning akan terbentuk.

BACA JUGA  Cara Untuk Membantu Bayi Selsema Tidur

Kanak-kanak berusia 2-5 tahun

Pada umur 2 tahun, ekzema lebih banyak dijumpai pada pelipat siku atau lutut, di pergelangan tangan dan kaki serta bahagian tangan kanak-kanak. Selain itu, mulut dan kelopak mata juga menjadi tempat masalah kulit ini berlaku. Kulit kelihatan kering dan bersisik serta kulit mengalami penebalan akibat gosokan atau garuan yang dikenali sebagai likenifikasi.

Kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas

Ekzema biasanya ditemui pada pelipat siku dan/atau lutut. Namun begitu, 70% daripada penghidap ekzema melaporkan pernah mengalaminya pada tangan.

Apakah punca terjadinya ekzema bayi?

Langkah pertama untuk merawat ekzema bayi anda ialah dengan mengenalpasti pencetus bayi anda mendapat penyakit ini. Catatkan setiap aktiviti dan jenis makanan yang diambil di dalam jurnal untuk mengetahui pencetus kepada ekzema bayi anda.

Keturunan merupakan faktor utama bayi ekzema. Variasi di dalam genetik menyebabkan kecenderungan untuk ekzema terjadi. Namun begitu, terdapat rangsangan-rangsangan tertentu yang mencetuskan masalah ini seperti :

  • Kulit kering: Cuaca sejuk dan penggunaan penghawa dingin yang berterusan menyebabkan kulit menjadi kering. Pastikan kulit bayi sentiasa lembap dengan menyapu minyak kelapa atau shea butter setiap hari.
  • Bahan kimia di dalam produk: Biasanya terkandung di dalam sabun mandi, syampu, losyen, sabun basuh dan produk pembersih rumah.
  • Udara dalam rumah yang tercemar: Elakkan penggunaan karpet, cuci dan servis penghawa dingin secara berkala dan kurangkan penggunaan air freshener.
  • Cuaca panas: Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis atau berlubang pada waktu siang dan pasang kipas di waktu malam.
  • Peluh: Pilih pakaian yang diperbuat daripada kapas supaya peluh mudah diserap dan untuk mengurangkan rasa panas. Lap peluh secepat mungkin.
  • Alahan kepada habuk, debunga atau bulu binatang: Walaupun pencetus ini lebih kerap dialami oleh orang dewasa, bayi juga mungkin mengalami alahan yang sama. Gunakan vakum khas untuk menyedut bulu haiwan peliharaan. Pasang penapis udara yang mengandungi penapis jenis HEPA jika anak anda alah terhadap habuk dan debu.
  • Susu lembu: Bayi yang menyusu badan mungkin mengalami ekzema akibat makanan tertentu yang diambil oleh ibunya. Selain susu lembu, kekacang, soya, telur dan makanan mengandungi gluten juga menjadi pencetus bayi ekzema. Bayi yang menyusu susu formula dan mengalami ekzema yang sangat teruk pula disarankan untuk minum susu formula terhidrolisis (hydrolyzed formula milk) yang mengandungi protein susu yang sudah dicernakan.
  • Sistem imuniti badan yang sangat sensitif: Stres, pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi dan masalah enzim menyebabkan sistem imuniti badan menjadi sangat sensitif.
BACA JUGA  48 Tips, Panduan Dan Cara Memandikan Bayi Baru Lahir [Beserta Video]

Rawatan ekzema untuk bayi tanpa krim steroid

Rawatan ekzema menggunakan krim steroid sememangnya efektif tetapi memberikan kesan sampingan dan tidak boleh digunakan untuk tempoh yang panjang.

Berikut merupakan petua yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan ekzema bayi anda:

  • Sapu minyak kelapa dara: Selain berfungsi sebagai pelembap, minyak kelapa dara juga mempunyai ciri-ciri antioksidan.
  • Krim berasaskan calendula: Calendula merupakan sejenis tumbuhan yang dapat melancarkan peredaran darah pada tisu yang mengalami keradangan, melembabkan kulit dan melindungi kulit daripada jangkitan.
  • Ikan dan minyak ikan kod: Banyakkan memberi makan ikan seperti ikan kembung dan selayang kepada bayi yang sudah mula makan kerana ikan mengandungi omega-3 yang mengurangkan keradangan. Alternatif lain ialah dengan memberikan minyak ikan kod.
  • Mandikan dengan oat: Oat dapat mengurangkan kegatalan akibat ekzema dan memberi perlindungan kepada kulit. Penuhkan tab mandi dengan air dan masukkan oat yang dikisar halus dengan mengalirkannya menggunakan air paip. Pastikan bayi berendam di dalam oat tersebut maksimum 10 minit, kemudian keringkan badan dan lumurkan pelembap. Alternatif lain ialah dengan menampal bancuhan oat dan sedikit air seperti memakai mask pada bahagian tubuh bayi yang mengalami ekzema.
  • Vitamin D: American Academy of Pediatrics menyarankan pengambilan suplemen vitamin D bagi bayi yang masih menyusu dan yang minum susu formula kurang daripada 1 liter sehari. Dedahkan anak kepada sinaran matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Vitamin D juga didapati di dalam makanan seperti ikan kembung, ikan selayang, ikan salmon, ikan tuna, lobak merah, avokado, melon, daging merah, susu dan keju serta buah mangga.
  • Ibu menyusu tidak perlu berpantang makan: Hanya 6-8% sahaja daripada masalah bayi ekzema berpunca daripada alergen di dalam makanan seperti susu lembu dan makanan laut. Pantang makan hanya perlu apabila bayi memang disahkan alergik melalui ujian darah. Sebaliknya, perkenalkan makanan yang berisiko untuk mencetus ekzema sedikit demi sedikit secara berperingkat. Perhatikan jika bayi anda mengalami flare setiap kali makan makanan tersebut.
  • Ambil probiotik: Walaupun tiada kajian yang langsung membuktikan bahawa probiotik dapat merawat ekzema, tetapi probiotik menyumbang kepada sistem imuniti tubuh yang lebih kebal. Ibu menyusu dan bayi yang sudah boleh makan boleh mencuba probiotik seperti tempe, kimchi, miso, keju dan cuka epal.
  • Cuba magnesium: Kekurangan magnesium juga dikaitkan dengan ekzema. Untuk mengenalpasti samada ekzema bayi anda disebabkan oleh kekurangan magnesium, mandikan bayi anda menggunakan epsom salt yang kaya dengan magnesium dan lihat samada terdapat perubahan pada ekzema bayi anda. Krim atau losyen yang mengandungi magnesium mungkin membantu.
BACA JUGA  48 Tips, Panduan Dan Cara Memandikan Bayi Baru Lahir [Beserta Video]

Sumber:

National Eczema Association

Mama Natural

Baby Centre

  • 12
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *