Connect with us

Kenali Penyakit

Darah Beku Selepas Bersalin Diam-diam Mengancam Nyawa Ibu-ibu Yang Sedang Berpantang

Memang benar, syurga letaknya di bawah kaki ibu. Tiada yang dapat menyangkal betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Semasa mengandung diuji dengan kepayahan.
Disusuli pula dengan kesakitan semasa melahirkan.

Ianya tidak berakhir di situ sahaja. Ada ibu turut diuji semasa fasa berpantang. Antara masalah yang datang menjengah ibu sedang berpantang ialah pulmonari embolism atau dalam bahasa lainnya darah beku yang menyebabkan salur darah arteri dalam paru-paru tersumbat.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, pegawai perubatan telah berkongsi di Facebook beliau tentang pulmonary embolism dan kesannya ke atas ibu baru bersalin. Ikuti perkongsian beliau.

PULMONARY EMBOLISM – MEMBUNUH !

Darah orang mengandung ni Allah jadikan lebih pekat dari biasa, dan secara normalnya darah ibu ini senang nak membeku untuk menyediakan ibu untuk proses bersalin – kalau berlaku pendarahan yang banyak, badan sudah bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat-cepat mengaktifkan sistem pembekuan darah.

Rahim yang makin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar dan tersekat-sekat. Bila pengaliran darah kurang lancar ditambah pula dengan sifat semulajadi darah ibu yang senang beku, maka fenomena thrombosis/darah beku sangat senang terjadi.

Masalah darah senang membeku ini 5 KALI GANDA masa berpantang, jika dibandingkan ketika mengandung. Hal yang demikian kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin menyebabkan darah LAGI PEKAT, risiko meningkat lebih-lebih lagi pada 3 minggu pertama lepas bersalin.

Kebiasaannya, darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis.

Deep vein thrombosis menyebabkan darah beku ke paru-paru

Sumber: health.harvard.edu

Ibu mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak dikenal pasti dan rawatan diberikan segera, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa bergerak ke peredaran darah peparu menyebabkan saluran darah peparu tersumbat dinamakan pulmonary embolism, boleh membawa MAUT.

FAKTOR-FAKTOR MENINGKATKAN PELUANG MENDAPAT DARAH BEKU SELEPAS BERSALIN

(Nombor dalam kurungan tu memberitahu score yg diberikan pada ibu jika ada faktor tu )

  • Ibu pernah ada darah beku masa kehamilan sebelumnya (4)
  • Umur ibu 36 tahun dan ke atas (1)
  • Obesiti ( 1 atau 2 )
  • Anak sudah lebih 3 orang (1)
  • Merokok (1)
  • Urat-urat timbul pada kaki (1)
  • Pre-eclampsia (1)
  • Kehamilan kembar 2 atau 3 (1)
  • Pembedahan Caeserean secara kecemasan (2)
  • Pembedahan Caeserean secara elektif (1)
  • Kelahiran guna Forceps (1)
  • Proses bersalin yang panjang (lebih 24 jam) (1)
  • Tumpah darah ( lebih 1 liter ) (1)
  • Kelahiran pramatang kurang 37 minggu (1)
  • Kelahiran mati (1)
  • Sebarang prosedur yg dibuat ketika mengandung (kecuali repair koyakkan bersalin) – operation buang appendix (3)
  • Muntah-muntah teruk masa hamil (3)
  • Ibu ada jangkitan kuman teruk (1)
  • Ibu tak gerak-gerak, kekeringan tak minum air (1)

Kalau tambah nombor-nombor dlm kurungan tu, jika score 4 atau lebih, ibu perlu dimulakan ubat mencegah darah beku sejak awal mengandung.

Kalau score 3, ubat mencegah darah beku dimulakan pada 28 minggu kehamilan.

Kalau score 2, ubat mencegah darah beku dimulakan lepas bersalin selama 10 hari.

Untuk makluman semua, ibu Melayu yang meninggal akibat pulmonary embolism ini adalah PALING TINGGI jika dibandingkan dengan kaum-kaum utama di Malaysia. Kenapa ?

Takda jawapan lagi untuk menerangkan keadaan ini.

Berdasarkan analisis, ibu-ibu Melayu lebih obes dari kaum lain, dan MAJORITI ( saya tak cakap semua ye) mengamalkan pantang larang adat Melayu yang mana mencegah IBU berpantang supaya tidak minum air yg mencukupi ketika berpantang, kena banyak berehat dan baring saja dan dilarang berjalan sana sini atau bergiat aktif kerana timbulnya fahaman ‘BENTAN’

Satu lagi, Ibu melayu kebanyakan tidak mendengar nasihat doktor untuk mengambil suntikan mencegah darah beku – Enoxaparin/Clexane kerana dikhuathiri kandungan DNA khinzir di dalamnya. Ada ibu dengan angkuhnya bercakap pada saya – Ala masa zaman mak-mak beranak dulu takde pun bagi injection bagai ni. Hidup je!

  • Perlu diterangkan disini, walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yg sangat sedikit, penggunaan Clexane telah difatwakan dibenarkan utk tujuan perubatan kerana tiada ubat lain setanding enoxaparin/Clexane untuk mencegah darah beku pada ibu hamil.
  • Suntikan heparin tidak memberikan kesan yg berkesan seperti enoxaparin/clexane, lebih-lebih lagi untuk ibu yg beratnya lebih 90kg. Kalau nak gak beri heparin, suntikannya adalah 2 kali sehari, berbanding dgn clexane yang diberi hanya sehari sekali. Clexane telah terbukti lebih berkesan berbanding Heparin.
  • Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yg cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil – tak boleh nak ckp selamat atau tak untuk ibu hamil. Sebahagian kecil ubat arixtra akan keluar dalam susu ibu dan boleh mmbahayakan bayi yg menyusu ibu.

Jadi dah jelas ?

Ingat, dalam 100 kematian ibu di Malaysia, 60 kematian disebabkan oleh pulmonary embolism.

Allah suruh ikhtiar dan ikhtiar, bukan dok diam berpeluk tubuh, tunggu maut datang menjemput. Pastu salahkan takdir.

Berhenti menzalimi diri sendiri.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan

 

Begitulah keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dr. Muhammad Izzat terhadap ibu-ibu yang sedang berpantang. Setiap hari beliau mengendalikan pelbagai jenis kes-kes wanita bersalin, jadi tidak hairanlah jika isu-isu begini sangat merunsingkan pegawai perubatan seperti beliau.

Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu boleh mengikuti Facebook beliau untuk lebih banyak perkongsian mengenai kehamilan dan proses bersalin.

  • 6
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *