Connect with us

Kenali Penyakit

12 Cara Mengatasi Keputihan Yang Disyorkan Oleh Doktor

Lendir yang keluar daripada faraj wanita atau dikenali sebagai keputihan merupakan satu situasi yang normal bermula daripada akil baligh. Lendiran ini membantu membersihkan vagina secara semulajadi dan memainkan peranan dalam proses persenyawaan benih dan kehamilan. Namun begitu, kadang kala keputihan boleh menjadi tidak normal dan ketika ini anda perlu mengetahui cara mengatasi keputihan supaya ia tidak menjadi semakin teruk dan menjejaskan sistem peranakan.

Sebagai wanita, mempunyai pengetahuan asas untuk membezakan jenis keputihan yang normal dan tidak normal sangat penting agar kesihatan vagina anda terpelihara. Terlebih mencuci bahagian sulit anda boleh menyebabkan keseimbangan mikroflora terganggu dan vagina berisiko untuk mendapat jangkitan.

Namun, masalah keputihan tidak normal yang tidak dirawat pula boleh menjurus kepada masalah rahim yang lain. Justeru itu, amat penting untuk anda mengetahui cara mengatasi keputihan yang sepatutnya dan amalan-amalan untuk mengelakkan masalah keputihan daripada terjadi.

Cara Mengenali Keputihan Yang Tidak Normal

Lendir vagina yang dijangkiti oleh bakteria atau kulat biasanya lebih kental dan melekit berbanding kebiasaan. Warnanya mungkin hijau, kuning atau kelabu bergantung kepada jenis mikroorganisma yng menjangkiti bahagian kemaluan. Kuantiti yang dikeluarkan adalah banyak dan mempunyai bau busuk. Ia juga boleh disertai oleh pedih dan gatal pada kemaluan serta faraj menjadi kemerah-merahan.

Bahaya Masalah Keputihan Yang Tidak Normal

Penyakit keputihan yang kronik dan tidak ditangani daripada awal boleh menyebabkan rawatan menjadi sukar. Keputihan yang kronik adalah disebabkan oleh jangkitan kuman di bahagian faraj telah menular ke rahim (uterus) dan juga tiub Fallopian. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang bahaya seperti:

  • Kemandulan
  • Kehamilan di luar rahim
  • Kanser rahim

Rawatan bagi keputihan kronik menjadi sukar kerana bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan sudah mula menghasilkan kerintangan terhadap ubat antibiotik dan antikulat.

BACA JUGA  Jangkitan Kulat Pada Faraj : Adakah Anda Boleh Merawat Sendiri Di Rumah?

Cara Mengatasi Keputihan

Berikut ialah amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk mengatasi keputihan:

  1. Jaga kebersihan pada bahagian faraj dan pastikan ia sentiasa kering
  2. Pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Seluar dalam jenis ini dapat memastikan bahagian kemaluan kekal kering. Hadkan pemakaian seluar dalam hanya pada siang hari sahaja.
  3. Elakkan meruang, iaitu memasukkan jari ke dalam faraj
  4. Jangan gunakan produk berasaskan jeli petroleum atau minyak sebagai pelincir faraj. Bahan ini menjadi medium pembiakan bakteria pada kemaluan.
  5. Jauhi hubungan intim jika anda mengalami jangkitan faraj sehingga semua simptom-simptom hilang
  6. Habiskan ubat yang diberikan doktor untuk merawat jangkitan faraj walaupun anda tidak lagi mengalami simptom-simptom keputihan
  7. Elakkan penggunaan produk-produk pembersih wanita, sabun terutamanya yang mempunyai pewangi, bedak dan losyen pada bahagian vagina
  8. Elakkan memakai pakaian ketat untuk jangka masa yang lama
  9. Bersihkan bahagian kemaluan dari depan ke belakang selepas membuang air kecil dan besar untuk mengelakkan jangkitan
  10. Gantikan tuala wanita dengan kerap semasa haid
  11. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
  12. Elakkan seks rambang atau berhubungan kelamin lebih daripada 1 pasangan
  13. Belajar menguruskan tekanan dan lakukan aktiviti-aktiviti yang menenangkan

 

Sumber:

VeryWellHealth

Portal MyHealth

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *