Connect with us

Tips Kesihatan

48 Tips, Panduan Dan Cara Memandikan Bayi Baru Lahir [Beserta Video]

Kebanyakan bayi yang dilahirkan biasanya akan dimandikan oleh penjaga samada mertua atau ibubapa pasangan. Namun, lebih elok jika ayah atau ibu juga mengetahui cara memandikan bayi anda dengan betul.

Adalah normal untuk rasa kekok di saat kali pertama ingin memandikan bayi. Ini kerana saiz bayi yang sangat kecil, sensitif dan bersifat ’fragile’, sudah tentu anda risaukan bayi tergelincir dari tapak tangan dan terjatuh serta sakit kerana anda tidak mahir memandikan bayi serta bermacam lagi kemungkinan yang menambah kerisauan anda.

Ketahui 14 Langkah Yang Perlu Anda Buat Semasa Memandikan Bayi:

01. Mencuci tangan anda dengan bersih bagi meminimumkan mikroorganisma dan mencegah berlakunya jangkitan silang.

02. Memerah kapas/swab yang disediakan bagi tujuan mencuci muka bayi. Cuci muka bayi mengikut turutan menggunakan satu sapuan, satu kapas.

03. Suhu air adalah aspek penting dalam memberi keselesaan kepada bayi. Sebaiknya air jangan lah terlalu panas dan terlalu sejuk. Campuran air panas akan memberikan suhu air yang suam bagi mandian bayi.

Cara untuk menguji suhu air : Uji dengan menggunakan siku ibu. Ini penting bagi mengelakkan berlaku kelecuran kepada bayi. Jangan sesekali mencampurkan air panas semasa bayi telah berada di dalam air.

Sebaiknya air hendaklah di paras menutupi bahu bayi semasa dimandikan. Gunakan sabun khusus bayi yang lembut dengan pH seimbang, yang sesuai untuk kulit bayi.

04. Menanggalkan pakaian bayi- Tanggalkan pakaian bayi dengan hati-hati dengan menahan leher dan kepala bayi dengan lembut.

05. Mulakan cucian dari mata kanan bayi.

06. Cuci dari kelopak mata

07. Ulang langkah di atas bagi mata yang sebelah lagi

08. Cuci dahi dari atas ke tepi hidung kanan dan pipi hingga ke belakang telinga

BACA JUGA  Petua Rawatan Bayi Ekzema Tanpa Menggunakan Steroid

09. Ulang langkah sama untuk dahi sebelah kiri.

10. Cuci hidung dari atas ke bawah dan sekeliling mulut hingga ke dagu

11. Ulang langkah yang sama untuk hidung sebelah lagi

12. Cuci sekeliling mulut.

13. Angkat bayi dengan kemas menggunakan posisi ‘Footbal Hold’ menggunakan kedua-dua tangan. Football hold dipraktikkan dengan cara :

i) Ampu kepala bayi dengan tapak tangan sambil mengepit bayi di antara badan dengan lengan atas tangan tidak dominan
ii) Tangan yang dominan (biasa) memegang aksilla (ketiak) bayi dan tangan sebelah lagi mengampu bahagian belakang bayi

Saksikan video cara memandikan bayi ini untuk mendapatkan gambaran posisi memandikan bayi dengan betul.

14. Nilai dan taksir kebersihan bayi. Memeriksa sama ada terdapat najis atau tidak bagi tujuan ‘prarekuisit’ sebelum melakukan prosedur memandikan bayi. Pastikan punggung bayi dibersihkan terlebih dahulu jika bayi tersebut didapati telah membuang air besar/kecil.

Ini Adalah 13 Kaedah Dan Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Yang Biasa Jururawat Praktikkan Di Wad Postnatal

  1. Tutup kedua-dua telinga bayi dengan ibu jari dan jari telunjuk
  2. Cuci rambut bayi secara perlahan-lahan dengan gerakan bulatan menggunakan syampu.
  3. Bilas rambut bayi dengan bersih menggunakan tangan dominan.
  4. Keringkan kepala dan rambut perlahan-lahan.
  5. Mulakan mandian badan bayi dengan memasukkan bayi ke dalam besen dengan kepalanya terletak di atas lengan tangan yang tidak dominan.
  6. Pegang bayi dengan kemas secara meletakkan tangan yang tidak dominan di bawah aksilla bayi yang jauh dari anda
  7. Sabun kedua-dua tangan dan bilas bersih
  8. Sabun bahagian depan badan, celah peha, dan kedua kaki kemudian bilas bersih
  9. Tiarap bayi secara perlahan di atas lengan tangan yang tidak dominan dengan selamat sambil memegang aksilla bayi
  10. Sabun belakang bayi dan bilas dengan air sehingga bersih.
  11. Keluarkan bayi dari besen.
  12. Letak bayi di atas tuala mandi. Keringkan bayi bagi mencegah hipotermia.
BACA JUGA  Cara Untuk Membantu Bayi Selsema Tidur

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir dengan Betul

Anda sudah mempelajari cara memandikan bayi dengan betul. Kemudian, anda boleh diteruskan dengan cucian tali pusat :

17 Kaedah Dan Cara Cuci Tali Pusat Bayi Baru Lahir

  1. Pangkal tali pusat yang terpotong secara sirkular (bulatan)
  2. Kiri tali pusat secara memanjang
  3. Kanan tali pusat secara memanjang
  4. Depan tali pusat secara memanjang
  5. Belakang tali pusat secara memanjang
  6. Sekeliling klam tali pusat (bahagian atas) dari kiri ke kanan
  7. Sekeliling tali pusat (bahagian bawah) dari kiri ke kanan
  8. Dasar pusat secara sirkular.
    (Cucian adalah mengikut turutan perlu diikuti kerana pangkal tali pusat bayi baru lahir adalah lebih bersih berbanding dengan dasar pusat)
  9. Dedahkan tali pusat. Ia dapat mempercepatkan penyembuhan melalui pengeringan dan pengecutan tali pusat bayi.
  10. Tali pusat yang dibiarkan terdedah kepada udara akan mempercepatkan pengeringan dan penyembuhan. (Rujuk: Manual Jagaan Perinatal (Jagaan Neonatal) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2002)
  11. Posisikan tali pusat menghala ke bahagian atas abdomen bayi bagi mengelakkan pencemaran daripada urin dan najis bayi.
  12. Cuci tali pusat cukup dengan menggunakan air bersih sahaja atau antiseptik yang dibekalkan oleh pihak hospital.
  13. Jangan meletak sebarang benda asing pada pusat bayi contoh bedak, minyak, kopi, celak etc
  14. Sikat rambut bayi.
  15. Sebelum memakaikan pakaian, luangkan sedikit masa memberi urutan kepada bayi. Bayi sangat sukakan kepada urutan. Selain dapat memupuk kemesraan, ia juga dapat memberikan ketenangan kepada bayi.
  16. Gunakan losyen pelembap yang sesuai atau minyak telon bagi melakukan urutan bayi.
  17. Pakaikan pakaian bayi

4 Peringatan Buat Anda Dan Bayi Anda:

  1. Bayi yang baru lahir seeloknya TIDAK dimandikan terlalu lama. Cukup sekadar 3-5 minit sahaja
  2. Seeloknya bayi dimandikan 2 kali sehari
  3. Jadikan rutin memandikan bayi pada waktu dan masa yang sama setiap hari kerana ia dapat memberikan isyarat kepada bayi untuk mengetahui waktu tidurnya selepas waktu tersebut
  4. SEKIRANYA anda masih belum berani memandikan bayi di dalam tab mandi, gunakan span atau kain lembut sebagai pengelap badan bayi sehingga bersih.
BACA JUGA  Petua Rawatan Bayi Ekzema Tanpa Menggunakan Steroid

Walaupun memandikan bayi adalah kedengaran tidaklah serumit mana, namun ia adalah satu cabaran besar buat ‘first time mother’ apatah lagi melakukan dengan luka bersalin yang masih berbisa.

Walaupun pada mulanya anda agak teragak-agak, namun selepas beberapa cubaan anda pasti akan mahir dengan cara memandikan bayi yang betul dan dapat melakukannya dengan tenang. Yang paling penting adalah mengutamakan langkah-langkah keselamatan.

Bacaan lain yang bermanfaat untuk ibu bapa baru menerima cahaya mata:

Kepentingan Suntikan Vaksin Kepada Bayi Anda 
Panduan Memilih Susu Untuk Bayi
Petua Menghilangkan Sembelit Bayi
Berapakah Bacaan Kuning Bayi Yang Bahaya?

 

  • 3
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *