Connect with us

Kenali Penyakit

Cara Kurangkan Kekerapan dan Kesakitan Akibat Ulser Mulut

Ulser mulut merupakan satu keadaan yang biasa dialami oleh sesiapa saja. Ulser terjadi apabila terdapat hakisan pada lapisan tisu (membran mukosa) yang melapisi mulut atau gusi. Biasanya luka akibat tergigit bibir menjadi penyebab berlakunya ulser mulut, tetapi ia juga boleh terjadi dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu, penggunaan bahan kimia tertentu seperti sodium laurate sulphate (SLS) dalam ubat kumur dan penyakit berjangkit seperti jangkitan kulat atau herpes.

Senarai faktor lain yang mungkin menyebabkan ulser mulut :

  • Stres dan keresahan
  • Perubahan hormon – biasanya wanita yang sedang mengalami haid mudah mendapat ulser
  • Tidak menjaga kebersihan mulut
  • Geseran dengan gigi yang tajam atau susunan gigi yang tidak sekata
  • Geseran dengan pendakap gigi (braces) atau gigi palsu
  • Lecuran akibat memakan makanan panas
  • Penyakit autoimmune
  • HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut
  • Penyakit seperti AIDS, tuberkulosis, kencing manis dan radang usus
  • Kanser mulut

Rawatan

Ulser mulut tidak memerlukan rawatan khusus kecuali ulser mulut yang disebabkan oleh jangkitan kulat atau herpes. Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kekerapan dan tahap kesakitan ulser tersebut.

  • Berkumur dengan air garam. Bancuh 2 sudu kecil garam dalam segelas air.
  • Letakkan bancuhan soda bikarbonat dan air pada ulser
  • Sapu luka dengan susu magnesia
  • Minum air dengan kerap
  • Makan ubat tahan sakit seperti paracetamol
  • Sapu gel antiseptik
  • Tuam ulser dengan ais
  • Berkumur dengan ubat kumur yang mengandungi steroid

Cara mencegah ulser mulut

  • Kurangkan makan buah-buahan berasid (nenas, oren,lemon), makanan pedas dan makanan berempah
  • Penjagaan mulut dan gigi yang betul – berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, membersih gigi menggunakan floss, gunakan berus berbulu lembut
  • Makan makanan seimbang dan ambil suplemen seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 atau zink
  • Kurangkan stress. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
BACA JUGA  Kenapa Ibu Bapa Perlu Berjaga-jaga dengan HFMD?

Bila anda sepatutnya berjumpa doktor?

  • Ulser berlarutan melebihi 2 minggu
  • Ulser yang sangat besar
  • Ulser mulut kerap berulang
  • Rawatan di rumah tidak membantu menyembuhkan ulser
  • Ulser melarat hingga ke bahagian bibir
  • Sukar makan dan minum
  • Disertai dengan demam panas

 

Rujukan :
Mayo Clinic
Better Health Channel

Foto :
By Noorus [CC BY-SA 3.0 (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)], from Wikimedia Commons

  • 4
    Shares
Continue Reading
Advertisement
3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Kenapa Ibu Bapa Perlu Berjaga-jaga dengan HFMD? | SihatKini

  2. Pingback: Langkah-langkah Menguruskan Anak Yang Dijangkiti HFMD | SihatKini

  3. Pingback: 10 Penyebab Masalah Gusi Bengkak | SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *