Cara Kira BMI & Menentukan Kategori Berat Badan Anda

Apakah Body Mass Index (BMI)?

Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Tubuh adalah cara untuk menentukan jumlah lemak di dalam badan berdasarkan berat dan tinggi setiap orang. Cara ini merupakan satu anggaran untuk melihat tahap kesihatan seseorang berkadaran dengan risiko kesihatan yang bakal dialami.

Walaupun kiraan BMI hanya satu petunjuk tidak langsung kepada jumlah lemak di dalam tubuh, tetapi kajian menunjukkan bahawa hasil kaedah ini hampir menyamai kaedah mengukur lemak secara langsung yang diperakui lebih tepat.

Cara Kira BMI Menggunakan Formula

Formula: berat (kg) / [tinggi (m)]2

Contoh: Berat = 66 kg, Tinggi = 161 cm (1.61 m)
Kiraan: 66 / (1.61) 2 = 25.46

Cara Kira BMI Menggunakan Kalkulator BMI Online

Untuk mengetahui BMI anda dengan lebih pantas, gunakan kalkulator BMI di bawah:

Sumber: BMI Calculator USA

Kategori Berat Badan Menurut BMI

Berikut ialah bagaimana berat badan dikelaskan mengikut keputusan BMI:

  • Bawah 18.5 = Kurang berat badan
  • 18.5 – 24.9 = Normal
  • 25.0 – 29.9 = Berlebihan berat badan
  • 30.0 ke atas = Obesiti

Cara kira BMI bagi kanak-kanak pula sangat berbeza dengan orang dewasa. Carta pertumbuhan dan persentil diperlukan. Jika BMI kanak-kanak melebihi 95% berbanding kanak-kanak seusia, kanak-kanak tersebut dikira sebagai obes.

Kelemahan Kaedah Mengira BMI

Kaedah mengukur lemak badan menggunakan BMI boleh dipengaruhi oleh jantina, umur dan tahap kecergasan.

  • Wanita mempunyai lebih banyak lemak berbanding lelaki.
  • Orang tua mempunyai banyak lemak berbanding mereka yang lebih muda.
  • Atlit mempunyai BMI yang tinggi kerana komposisi otot bukan kerana komposisi lemak.

Kaedah Lain Untuk Menentukan Jumlah Lemak Tubuh

Selain kiraan BMI, terdapat beberapa cara lagi yang digunakan oleh mereka yang profesional:

  1. Mengukur lemak menggunakan kaliper – Teknik ini menarik lemak subkutan pada 7 bahagian badan tertentu. Kurang tepat kerana ia bergantung kepada bagaimana teknik ini dilakukan.
  2. Hidrodensitometri – Mengukur lemak dengan menimbang badan di dalam air. Walaupun tepat, teknik ini sukar dilaksanakan kerana memerlukan peralatan seperti tangki air.
  3. Bioelectrical impedance – Teknik ini membandingkan kadar pengaliran elektrik oleh tisu-tisu dalam badan. Lemak tubuh tidak dapat mengalirkan elektrik jika dibandingkan dengan otot-otot dan tulang. Kaedah ini dapat mengukur lemak dengan tepat tetapi ia boleh dipengaruhi oleh kandungan air dalam tubuh.
  4. Imbasan DEXA – Kaedah yang menggunakan teknologi X-ray ini sangat tepat tetapi kosnya tinggi.

Masalah Kesihatan Yang Dikaitkan Dengan Tahap BMI Yang Tinggi

Walaupun bukan kaedah yang paling tepat, tetapi BMI digunakan secara meluas dalam ujian saringan kesihatan kerana ia mudah digunakan. Individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obes mempunyai hubungkait yang kuat dengan masalah kesihatan yang serius. Antaranya:

  • Masalah darah tinggi
  • Kencing manis atau diabetis mellitus jenis 2
  • Penyakit jantung (koronari)
  • Strok
  • Masalah sendi
  • Barah
  • Masalah pernafasan dan apnea semasa tidur
  • 7
    Shares
  • 7
    Shares
Close Menu