Connect with us

Tips Kesihatan

9 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Dengan Berkesan

Masalah sakit kepala selalunya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang individu. Stres, tidak cukup tidur dan kurang minum air merupakan faktor-faktor yang mengungguli senarai punca sakit kepala. Kadang-kadang sakit kepala boleh menjadi petanda penyakit tertentu yang memerlukan rawatan yang khusus untuk hilangkan sakit kepala tersebut.

Panadol, Uphamol atau nama generiknya, paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang menjadi pilihan popular ketika sakit kepala. Ia dapat mengubati hampir kesemua jenis sakit kepala dan migrain. Selain itu, ibuprofen juga merupakan alternatif lain kepada mereka yang mengalami sakit kepala.

Namun begitu, pengambilan ubat hanya memberikan kelegaan sementara sahaja. Mereka yang kerap menghidap sakit kepala dan tidak mahu bergantung kepada pengambilan ubat semata perlu memeriksa gaya hidup mereka dan melakukan perubahan.

Mulakan dengan mengikuti 9 cara hilangkan sakit kepala ini untuk mendapatkan kelegaan yang lebih berkesan semasa sakit kepala.

Urutan Kepala, Teknik Popular

Urutan kepala merupakan pilihan paling popular untuk menghilangkan sakit kepala dengan segera. Otot yang tegang kerana postur badan yang tidak betul atau kesan senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, urutan pada kepala boleh menjadi mujarab.

Dapatkan urutan daripada mereka yang profesional dan berpengalaman kerana mereka dapat melakukan pada titik tekanan yang betul.

Tentu asyik jika kepala kita diurut orang, kan?

Tapi jika anda perlu melakukan urutan kepala sendiri, anda boleh cuba kaedah ini.

  1. Letakkan ibu jari anda pada tulang pipi, berdekatan dengan telinga.
  2. Picit hujung dahi anda bermula daripada garisan rambut menggunakan jari-jemari yang lain, dengan lembut.
  3. Perlahan-lahan tingkatkan kekuatan dan lakukan picitan secara membulat. Gerakkan jari-jari anda ke atas sehingga kawasan tengah dahi.
  4. Kemudian teruskan memicit pada kulit kepala dan seluruh dahi.
BACA JUGA  Sakit Kepala Sebelah Kanan: Punca & Tips Untuk Mengatasinya

Panas atau Sejuk?

Jika anda mengalami sakit kepala jenis ketegangan (tension headache), tuam panas atau sejuk boleh membantu hilangkan sakit kepala jenis ini.

Tuam sejuk – Masukkan beberapa ketulan ais menggunakan beg plastik dan balut beg tersebut menggunakan kain. Tuam pada tempat sakit terutamanya di sekitar dahi dan pipi. Pastikan masa menuam tidak melebihi 10 minit untuk mengelakkan kulit daripada rosak.

Tuam panas – Dapatkan pad haba (heat pad) yang digunakan khusus untuk menuam tempat-tempat yang mengalami kesakitan. Anda juga boleh membuat pad haba anda sendiri menggunakan beras. Ambil sarung bantal lama atau sehelai kain dan isikan dengan beras sehingga 2/3 penuh. Jahit atau ikat pada hujung kain tersebut.

Anda juga boleh mendapatkan heat pad serbaguna yang boleh digunakan untuk kedua-dua jenis tuam panas dan sejuk.

Aromaterapi Hilangkan Sakit Kepala & Menenangkan

Aromaterapi merupakan perubatan alternatif menggunakan ekstrak minyak daripada tumbuh-tumbuhan untuk memberi kesegaran dan keharmonian kepada tubuh badan dan minda manusia. Kaedah ini diaplikasikan melalui cara urutan, sapuan atau penggunaan secara langsung pada kulit dan mandian.

Antara bauan popular yang boleh membantu menghilangkan sakit kepala ialah bauan daripada ekstrak peppermint yang mengandungi menthol seperti minyak cap Kapak. Jika anda menghidap resdung dan selalu mengalami sakit kepala, anda boleh mencuba minyak eucalyptus.

Cari Pengamal Akupunktur Terlatih

Akupunktur telah digunakan dalam perubatan Cina sejak lebih 4000 tahun yang lalu. Rawatan alternatif ini menggunakan tusukan jarum yang dipercayai dapat merangsang urat saraf.

Menurut National Center for Complementary and Integrative Health, beberapa jenis kajian menunjukkan rawatan akupunktur berkesan untuk merawat sakit kepala jenis migrain dan jenis tension.

BACA JUGA  Mengatasi Migrain Menggunakan Suplemen Magnesium

Pada permulaan sebanyak 6-10 batang jarum akan ditusuk pada bahagian tubuh yang mengalami kesakitan dan biasanya rawatan akan dilakukan selama 30-45 minit.

Untuk keselamatan dan mengelakkan risiko jangkitan, dapatkan rawatan akupunktur daripada pengamal akupunktur yang terlatih, menggunakan jarum yang steril dan jarumnya hanya digunakan sekali saja.

Berikut merupakan titik akupunktur yang berkesan untuk hilangkan sakit kepala.

Sumber: stylenrich.com

Lakukan Latihan Pernafasan

Wah, rupanya membetulkan cara kita bernafas juga berkesan untuk hilangkan sakit kepala.

Caranya mudah sahaja. Semasa sakit kepala, cari tempat yang sesuai untuk anda menenangkan diri. Fokus pada pernafasan anda dan mula menarik nafas secara perlahan-lahan dalam kiraaan 5. Kemudian, hembuskan nafas anda, juga dalam kiraan 5.

Minum Air Secukupnya

Kadang-kadang sakit kepala yang anda alami boleh dirawat dengan mudah dengan hanya segelas air kosong. Minuman isotonik  seperti Lucozade, Revive dan 100 Plus juga mungkin membantu tetapi awas dengan kandungan gula yang tinggi dalam minuman tersebut.

Selain itu, kurangkan juga minuman berkafein seperti kopi atau minuman ringan. Jika selalunya anda memerlukan secawan kopi untuk memulakan hari, apa kata anda cuba air suam yang diperah lemon. Ianya bebas kalori, bebas kafein dan kaya dengan vitamin C.

Dapatkan Jam Tidur Yang Cukup & Berkualiti

Biasa kita dengar mereka yang kekurangan waktu tidur selalu mengadu sakit kepala selain memberi banyak kesan negatif terhadap kualiti hidup seseorang.

Berikut ialah 3 langkah penting dalam menjaga kualiti tidur anda:

  • Jadualkan tidur anda – Pastikan anda tidur dan bangun pada waktu yang sama. Jadual tidur yang konsisten akan membentuk kitaran tidur yang baik dan menguatkan tubuh badan anda.
  • Jauhi aktiviti dan makanan yang merangsang otak sebelum waktu tidur – Gula, kafein dan rokok boleh mengganggu proses untuk tidur. Kafein boleh membuatkan seseorang kerap berulang alik ke tandas, menjadikannya tidak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.
  • Lakukan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur – Membaca buku dan mandi merupakan aktiviti yang boleh membantu anda untuk tidur. Padamkan semua peralatan elektronik seperti telefon dan televisyen beberapa jam sebelum anda tidur dan persiapkan diri anda untuk tidur.
BACA JUGA  15 Petua dan Cara Hilangkan Migrain Yang Efektif

Terdapat beberapa lagi perubahan yang boleh anda lakukan untuk tidur lebih mudah dan lena. Dapatkan tips mudah tidur di sini

Perhatikan Apa Yang Anda Makan

Sesetengah makanan menjadi punca kenapa anda sukar untuk hilangkan sakit kepala. Catatkan menu makanan yang anda ambil setiap hari di dalam diari atau apa yang anda telah makan pada hari sakit kepala berlaku.

Jika anda mengesyaki sakit kepala anda terjadi kerana jenis makanan tertentu, kurangkan pengambilannya selama beberapa hari dan perhatikan samada sakit anda berkurangan atau tidak.

Antara senarai tersebut ialah:

  • Makanan atau minuman berkafein – coklat, kopi, kola, teh
  • Makanan yang mempunyai banyak monosodium glutamate (MSG) – mee segera, masakan dari kedai Siam
  • Makanan mengandungi banyak nitrat – daging berproses seperti hot dog, ‘luncheon meat’, sosej dan peperoni
  • Makanan mengandungi banyak tyramine – piza dan keju

Hirup Teh Herba

Teh herba diminum panas-panas bukan saja menenangkan anda, bahkan boleh bertindak untuk hilangkan sakit kepala yang sedang anda alami. Teh chamomile, teh halia dan teh dandelion merupakan jenis-jenis teh yang boleh memberi kelegaan kepada kesakitan yangsedang anda alami.

Sumber: Healthline

  • 30
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *