Connect with us

Kecantikan

Cara Hilangkan Parut Jerawat Degil Berdasarkan Jenisnya

Parut jerawat terhasil apabila liang sebum yang tersumbat oleh minyak berlebihan, sel-sel kulit mati dan bakteria mengalami keradangan. Ia kemudiannya membengkak sehingga menyebabkan dinding folikel terhakis. Jika kerosakan pada folikel ini sangat teruk, proses untuk memulihkan kembali kulit dengan menghasilkan kolagen baru akan terjejas. Inilah sebab mengapa parut terjadi. Namun jangan risau, terdapat cara hilangkan parut jerawat degil daripada wajah anda.

Sudah tentu kehadiran parut jerawat menyebabkan anda mula hilang keyakinan diri.

Sebelum anda mencari cara hilangkan parut jerawat, anda perlu mengetahui jenis-jenis parut yang terdapat pada kulit wajah anda terlebih dahulu. Post ini akan memberikan pencerahan kepada anda berkenaan topik ini, tetapi untuk diagnosis kulit yang lebih tepat kami sarankan anda untuk merujuk kepada pakar kulit terlebih dahulu.

Jenis-jenis Parut Jerawat

Parut jerawat terbahagi kepada dua jenis:

Parut jenis hipertrofik atau keloid

Parut ini kelihatan lebih timbul dari permukaan kulit. Ia terjadi bilamana kolagen dihasilkan secara berlebihan semasa proses pemulihan.

Parut jenis atrofik

Sebahagian daripada tisu kulit hilang semasa proses pemulihan kulit. Parut ‘icepick’ merupakan parut yang lebih kecil dan dalam berbanding parut ‘boxcar’ menghasilkan lekukan besar. Parut icepick lebih sukar untuk dirawat. Selain itu, terdapat juga parut jenis ‘rolling’.

Selain itu, kesan jerawat juga didapati dalam bentuk hiperpigmentasi di mana bintik-bintik hitam dan cela jerawat dihasilkan. Walau bagaimanapun ia akan mula pudar selepas beberapa bulan.

jenis-jenis parut jerawat

Kita kembali kepada persoalan asal, adakah terdapat cara untuk hilangkan parut jerawat dan mendapatkan kembali kulit licin seperti dulu?

Ya, parut jerawat boleh dirawat, pudar dan hilang cuma proses ini mengambil masa. Lambat mencari rawatan dan memicit jerawat yang naik boleh menyebabkan parut jerawat menjadi kekal. Penggunaan produk yang betul khusus untuk rawatan parut membantu menghilangkan parut.

 

Cara Hilangkan Parut Jerawat Sendiri

Terdapat pelbagai cara menghilangkan parut jerawat yang boleh anda cuba samada secara semulajadi atau berasaskan ubat-ubatan. Untuk senarai produk semulajadi menghilangkan parut jerawat, anda boleh rujuk post 5 Produk Semulajadi Untuk Menghilangkan Parut Jerawat.

BACA JUGA  5 Produk Semulajadi Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Berikut ialah senarai kandungan & cadangan produk untuk hilangkan parut jerawat berasaskan bahan kimia :

Alpha hydroxy acids

Alpha hydroxy acids (AHA) membersihkan sel-sel kulit mati dan menghindari liang sebum daripada tersumbat. AHA juga memudarkan parut jerawat agar tidak tampil jelas pada kulit wajah.

Kandungan asidnya menyebabkan lapisan kulit paling atas menggelupas untuk menghilangkan kesan jerawat. AHA membuatkan kulit lebih sensitif kepada pancaran matahari. Gunakan sunscreen untuk memberi perlindungan kepada kulit daripada cahaya matahari.

Jenis yang sesuai: Semua jenis parut

Cadangan produk: Some By Mi AHA BHA PHA 30 days Miracle Cleansing Bar Soap

Asid laktik

Dalam kajian yang dilakukan oleh pakar kulit, penggunaan peeling yang mengandungi asid laktik setiap 2 minggu selama 1 bulan menjadikan kulit lebih licin, mengurangkan pigmentasi kulit dan memudarkan parut jerawat.

Jika anda gemar menggunakan bahan semulajadi dari dapur, anda boleh mencuba cuka epal sebagai toner atau spot treatment.

Jenis yang sesuai: Semua jenis parut

Cadangan produk: The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution

Retinoid

Krim atau gel retinoid mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit yang baru, mengurangkan kesan perubahan warna kulit akibat jerawat.

Seperti AHA, retinoid juga merupakan bahan yang menyebabkan kulit sensitif kepada sinaran matahari. Oleh itu, pemakaian suncreen adalah perlu ketika melakukan aktiviti luar.

Retinoid boleh didapati di farmasi atau secara preskripsi oleh pakar dermatologi.

Jenis yang sesuai: Parut atrofik

Cadangan produk: Differin Adapalene Gel 0.1% Acne Treatment

Asid Salisilik

Salah satu produk hilangkan parut jerawat yang popular dan berkesan. Asid salisilik membersihkan pori-pori mengurangkan bengkak dan kemerahan akibat keradangan.

Kesan penggunaan produk mengandungi asid salisik mengambil sedikit masa.

BACA JUGA  Jerawat Di Dagu & 3 Tempat Ini Tanda Gaya Hidup Tidak Sihat

Kesan sampingan menggunakan asid salisilik ialah kulit menjadi kering dan mudah mengalami kerengsaan. Mereka yang berkulit sensitif dinasihatkan untuk mengurangkan kekerapan menggunakan produk jenis ini atau mencubanya sebagai spot treatment sahaja.

Jenis yang sesuai: Semua jenis parut

Cadangan produk: Stridex (Salicylic Acid 2%) Soft Touch Pads

Bila Anda Perlu Mendapatkan Rawatan Parut Jerawat Dengan Doktor Pakar?

Apabila ikhtiar anda menggunakan produk hilangkan parut jerawat di atas tidak berjaya.

Berikut ialah jenis rawatan hilangkan parut jerawat yang ditawarkan di klinik doktor kulit:

Dermabrasion

Ini adalah rawatan untuk hilangkan parut jerawat yang paling berkesan terutamanya pada parut jerawat yang hanya mengalami kerosakan kulit di lapisan luar sahaja.

Dermabrasion ialah satu teknik penggelupasan kulit mati dan rosak menggunakan alatan khusus biasanya berus dawai atau alatan beroda.

Jenis yang sesuai: Parut boxcar atau rolling

Peeling Kimia (Chemical Peeling)

Peeling jenis ini menggunakan asid yang lebih kuat untuk menghakis lapisan atas kulit bagi merawat kulit dalam. Teknik ini berfungsi untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Peeling kimia juga boleh dilakukan di rumah cuma tahap kekuatan bahannya adalah lebih lemah.

Jenis yang sesuai: Semua jenis parut terutamanya parut yang dalam

Rawatan Laser

Rawatan jenis ini juga menghasilkan penggelupasan pada kulit tetapi proses rawatan kulit adalah lebih cepat. Biasanya penyembuhan kulit menggunakan rawatan laser mengambil masa 2-6 bulan, bergantung kepada tahap teruknya parut jerawat yang ada.

Cara hilangkan parut jerawat menggunakan laser ini kurang berkesan ke atas mereka yang berkulit gelap.

Jenis yang sesuai: Semua jenis parut jerawat dan mereka yang berkulit cerah

Suntikan Filler

Teknik filler digunakan untuk mengubah struktur kulit dan menambah isipadu kulit. Biasanya kolagen, lemak atau bahan filler komersil digunakan. bahan ini disuntik ke bawah kulit untuk menambah isipadu terutamanya pada kulit yang mengalami lekuk.

BACA JUGA  Jerawat Di Dagu & 3 Tempat Ini Tanda Gaya Hidup Tidak Sihat

Rawatan ini bersifat sementara. Setiap suntikan kulit bertahan antara 6-18 bulan.

Jenis yang sesuai: Parut jenis boxcar atau rolling

Rawatan Microneedling (Dermaroller)

Teknologi microneedling menggunakan sejenis penggelek yang mempunyai jarum-jarum halus. Tusukan yang dihasilkan akan menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin, tanpa memusnahkan lapisan paling atas kulit iaitu epidermis.

Rawatan ini mengambil masa 9 bulan untuk menunjukkan hasil.

Jenis yang sesuai: Parut jenis berlekuk

Suntikan

Jerawat timbul jenis hipertrofi atau popular dengan nama jerawat batu boleh dilembutkan menggunakn rawatan jenis suntikan ini.

Rawatan ini melibatkan beberapa siri suntikan menggunakan ubatan seperti kortikosteroid dan fluorouracil-5 dan interferon. Suntikan akan dilakukan setiap beberapa minggu.

Jenis yang sesuai: Jerawat jenis hipertrofi

Pembedahan minor

Selain itu, terdapat juga rawatan parut jerawat melalui pembedahan kecil. Pembedahan dilakukan untuk membuang parut-parut jerawat tersebut atau melonggarkan tisu-tisu fibrosis di bawah parut melalui torehan subsicion.

Jenis yang sesuai: Parut jerawat berlekuk yang dalam atau parut hipertrofi

Kesimpulan

Kebanyakan parut jerawat boleh dihilangkan jika anda bersegera mendapatkan rawatan seperti menggunakan produk untuk hilangkan parut jerawat yang mengandungi bahan khusus. Namun begitu, parut yang degil walaupun sukar untuk hilang setelah pelbagai cara hilangkan parut jerawat anda lakukan, boleh dipudarkan dengan rawatan klinikal yang telah disenaraikan di atas.

Kunci utama untuk mendapatkan kulit polos tanpa parut jerawat ialah mengelakkan jerawat itu naik pada kulit wajah anda. Penjagaan kulit yang betul dan bersesuaian sangat penting untuk memastikan pori-pori tidak tersumbat. Membuat perubahan gaya hidup seperti menjaga diet dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat pada wajah anda terutamanya jerawat di dagu.

Selain itu, jangan sesekali memicit jerawat anda kerana cara ini akan menghasilkan parut dan anda pasti akan menyesal.

 

Sumber: Healthline

  • 10
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *