Connect with us

Kenali Penyakit

Berapa Lamakah Coronavirus Hidup Pada Baju Anda?

Coronavirus dari jenis SARS-CoV-2 adalah sejenis virus baru. Masih banyak yang saintis dan pakar perubatan belum tahu tentang virus ini. Namun, dari kajian pada peringkat awal jangkitan berlaku virus ini tersebar melalui droplet (semasa bersin atau batuk). Ia berkebolehan untuk hidup di atas permukaan sehingga berhari-hari, bergantung kepada jenis permukaan, kelembapan dan suhu persekitaran.

Sekiranya tangan kita yang menyentuh permukaan tersebut, virus tersebut boleh memasuki badan melalui mata, mulut dan hidung. Oleh kerana itu WHO menyarankan supaya kita kerap membasuh tangan dengan sabun.

Berapa lama jangka hayat coronavirus SARS-CoV-2?

Berikut merupakan jangka hayat coronavirus SARS-CoV-2 di udara dan pada permukaan berbeza:

  • Di udara: sehingga 3 jam
  • Pada permukaan tembaga: 4 jam
  • Pada permukaan kadbod: 24 jam
  • Pada permukaan besi: 2-3 hari
  • Permukaan plastik: 3 hari
Jangka hayat coronavirus di udara dan pada permukaan tembaga, kadbod, besi dan plastik (NEJM)

Berapa lama pula coronavirus SARS-CoV-2 dapat hidup pada pakaian kita?

Saintis masih belum dapat menentukan berapa lama virus ini dapat hidup di atas fabrik atau pakaian yang kita pakai. Menurut Amesh A. Adalja, MD, pakar penyakit berjangkit dari Johns Hopkins Center for Health Security in Maryland, beliau meramalkan bahawa virus ini mampu hidup sehingga 24 jam pada pakaian seseorang, bergantung kepada kelembapan dan persekitaran.

Namun begitu, beliau berpendapat bahawa pakaian bukannya medium utama jangkitan itu disebarkan.

Jika dilihat pada jumlah pertambahan kes yang tidak terkawal, tidak salah kalau kita mengambil langkah berjaga-jaga kan?

Cara membasuh baju di musim wabak Covid-19

Jika anda dan ahli keluarga anda tidak disahkan positif jangkitan Covid-19, basuhlah baju seperti biasa.

Kalau anda ketua keluarga yang baru sahaja keluar membeli barangan keperluan dan di tempat anda membeli-belah ramai yang tidak mengamalkan penjarakan sosial 1 meter antara satu sama lain, basuh baju anda sebaik sahaja anda tiba di rumah.

BACA JUGA  Jerawat Di Dagu & 3 Tempat Ini Tanda Gaya Hidup Tidak Sihat

Walaupun kita masih belum tahu samada virus Covid-19 ini dapat hidup pada baju atau tak, tidak mustahil virus ini ada pada butang baju atau zip seluar anda. Juga mungkin pada kerongsang atau pin tudung yang anda pakai.

Bagaimana pula untuk membasuh baju pesakit Covid-19?

Setakat ini di Malaysia, jika seseorang disahkan positif jangkitan Covid-19 ambulans akan terus datang membawa pesakit ke hospital. Namun begitu, anda hendaklah terus membasuh pakaian yang telah mereka pakai, tuala, cadar dan apa-apa jenis fabrik yang disentuh oleh pesakit berkenaan.

Gunakan sarung tangan pakai buang semasa memegang pakaian tersebut. Tapi ingat, guna sekali sahaja semasa mengutip pakaian mereka dan jangan sentuh permukaan lain kerana anda akan menyebarkan virus tersebut di tempat lain pula. Buang sarung tangan ke dalam plastik dan bekas tertutup serta-merta.

Kalau tiada sarung tangan, pastikan anda mencuci tangan dengan sabun.

Jangan mengibas pakaian tersebut kerana dikhuatiri virus akan tersebar ke udara.

Nak campur baju mereka dengan baju orang lain? Sebenarnya, boleh kerana virus akan dibasmi oleh sabun pencuci yang kita gunakan. Cuma pastikan bakul baju dicuci dengan cecair pembasmi kuman kemudiannya.

Bolehkah saya menggunakan khidmat dobi layan diri?

Setakat ini di Malaysia tidak boleh kerana dobi layan diri wajib ditutup di bawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *