Connect with us

Kecantikan

5 Produk Semulajadi Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Seperti jerawat, kehadiran parut jerawat meresahkan ramai orang. Sebenarnya parut jerawat merupakan satu proses penyembuhan bagi kulit yang telah dihinggapi jerawat. Selepas jerawat hilang, kulit mula menghasilkan kolagen untuk membaiki tisu-tisu yang telah mengalami keradangan.

Jika kolagen yang dihasilkan adalah sedikit berbanding keperluan, parut berlekuk akan terhasil. Tetapi kolagen yang berlebihan pula akan menyebabkan jerawat batu terjadi.

Sebelum ini, kita telah membincangkan senarai cara menghilangkan parut jerawat samada menggunakan ubat-ubatan atau membuat rawatan di klinik. Kali ini, kami membawakan 5 produk semulajadi yang dipercayai dapat menyelesaikan masalah parut jerawat.

Habbatus sauda’

Tumbuhan yang banyak didapati di Timur Tengah dan Eropah Timur ini juga dikenali sebagai jintan hitam atau nama saintifiknya Nigella sativa. Habbatus sauda bukan sahaja berkesan untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus, ia juga boleh mengurangkan keradangan. Keradangan merupakan mekanisme bagaimana jerawat dan parut jerawat terjadi. Kajian mendapati habbatus sauda sangat berkesan untuk memulihkan parut jerawat dengan mempercepatkan proses penyembuhan akibat luka dan mengurangkan pigmentasi pada wajah.

Rosehip oil

Kate Middleton dilaporkan gemar menggunakan rosehip oil untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa cela. Selain berkesan sebagai anti-penuaan, kajian oleh pakar dari Sepanyol menunjukkan bahawa rosehip oil membantu mengurangkan parut luka akibat pembedahan. Sapuan pada parut sebanyak 2 kali sehari dapat mengurangkan cela akibat parut. Sudah pasti parut jerawat juga mendapat manfaat yang hampir serupa.

Madu

Madu merupakan bahan yang mudah didapati di dapur anda. Kajian menunjukkan bahawa madu dapat mempercepat proses penyembuhan luka sekaligus mengurangkan kadar terjadinya parut jerawat. Madu juga kaya dengan anti-bakteria yang dapat menghalang jerawat lain daripada tumbuh pada wajah.

BACA JUGA  Cara Hilangkan Parut Jerawat Degil Berdasarkan Jenisnya

Aloe Vera

Aloe vera juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan madu dalam menghilangkan parut jerawat. Ia boleh didapati dalam bentuk gel yang banyak dijual di pasaran atau anda boleh menggunakan pokok aloe vera yang ditanam sendiri dan mengambil lendirnya untuk disapu pada parut jerawat. Aloe vera bertindak untuk mengurangkan keradangan dan mengecilkan saiz parut.

Jus Lemon

Tidak terdapat kajian khusus terhadap manfaat lemon ke atas parut jerawat. Namun, telah ramai yang mencuba bahan semulajadi ini untuk merawat jerawat dan parut jerawat dan rata-rata mengakui bahawa jus lemon berkesan untuk menghilangkan parut jerawat dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

 

Sumber:

Healthline

  • 109
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *