Connect with us

Tips Kesihatan

Adakah Jarum Yang Digunakan Untuk Derma Darah Sama Dengan Jarum Pengambilan Ujian Darah Biasa?

Ada yang tanya, jarum yang digunakan untuk derma darah tu sama ke dengan jarum untuk pengambilan ujian darah biasa?

Tidak sama.

Jarum yang digunakan bagi tujuan pendermaan darah adalah agak besar daripada jarum pengambilan ujian darah biasa supaya darah cepat memenuhi beg darah bagi menjimatkan masa. Jarum yang telah disambung kepada beg darah 450ml akan dicucuk ke salur vena (vein), biasanya pada bahagian cubital fossa (bahagian hadapan siku).

Jarum besar digunakan untuk ambil derma darah

 

Jarum besar digunakan untuk ambil derma darah

 

Namun, jangan resah dengan keadaan jarum yang besar kerana anda akan diberikan suntikan bius (local anaesthetic) terlebih dahulu sebelum jarum besar tersebut dicucuk ke salur vena anda. Jadi, anda tidak akan merasa sakit ketika jarum besar dimasukkan sebaliknya akan merasa seperti digigit semut apabila suntikan bius diberikan.

Bagi pengambilan ujian darah biasa pula, hanya menggunakan jarum biasa dan lebih kecil. Tempat pengambilan darah bergantung kepada jenis ujian yang dijalankan sama ada salur vena atau arteri. Biasanya syringe atau picagari digunakan bagi tujuan ini. Ada yang menggunakan ‘vacutainer’ dan ada juga yang menggunakan ‘butterfly’.

Butterfly

 

Tangan anda akan diikat menggunakan ‘tourniquet’terlebih dahulu bagi menimbulkan salur darah. Alcohol swab disapu ke bahagian yang ingin dicucuk bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman dalam darah melalui tempat suntikan.

Tourniquet

 

Lepas ni mesti dah tak takut nak derma darah kan?

Kredit: Lara Marina

  • 7
    Shares
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *