6 Makanan Punca Sembelit Yang Menjadi Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Jika anda mengalami sembelit, perkara pertama yang perlu anda periksa ialah pinggan makan anda. Sembelit jarang-jarang sekali disebabkan oleh satu jenis makanan sahaja. Jumlah pengambilan serat harian adalah faktor penting.

Rakyat Malaysia memerlukan sebanyak 20 hingga 35 gram jumlah jenis serat setiap hari. Namun begitu, melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya, pengambilan serat oleh rakyat negara ini tidak sampai 10% pun daripada saranan WHO.

Terdapat 2 jenis serat iaitu larut air dan tidak larut air.

Kedua-duanya saling berganding bahu dalam melawaskan pembuangan usus. Serat larut air berfungsi untuk menjadikan najis lebih lembut dan membantu penyerapan nutrisi dengan melambatkan proses penghadaman.

Manakala, jenis kedua iaitu serat tidak larut air memberikan lebih isi kepada najis supaya peristalsis berlaku dengan lebih pantas.

Anda ingin sembelit yang dialami lega dengan cepat?

Gantikan senarai makanan punca sembelit di bawah dengan makanan berserat dan pastikan jumlah pengambilan serat anda mencukupi setiap hari.

Produk Tenusu

Aiskrim dan keju merupakan makanan yang boleh menyebabkan sembelit terutamanya di kalangan kanak-kanak. Produk tenusu seperti ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan kurang serat. Sebagai alternatif kepada penggemar aiskrim, anda boleh mencuba aiskrim buah-buahan tanpa produk tenusu yang dikongsikan oleh cik Epal ini.

Daging

Daging merah bukanlah watak jahat yang sebenar. Tetapi selalunya nisbah pengambilan daging mengatasi pengambilan serat harian yang sepatutnya. Jika ingin makan daging lebihkan ubi kentang dan banyakkan salad. Sebagai panduan pinggan sihat, gunakan formula suku suku separuh. Suku pinggan untuk karbohidrat, suku untuk protein dan separuh pinggan adalah untuk sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kerepek Kentang

Jika perlu memilih antara kerepek kentang (chips) dan buah-buahan sebagai snek waktu petang, sudah tentu kerepek kentang akan menjadi pilihan. Kerepek kentang boleh melambatkan proses penghadaman makanan dan menjadikan risiko untuk sembelit lebih tinggi. Selain buah-buahan, anda boleh mencuba popcorn sebagai ganti kepada kerepek kentang. Setiap 100 gram popcorn mengandungi 13 gram serat.

BACA JUGA  Petua Menghilangkan Sembelit dan Melancarkan Buang Air Besar Yang Berkesan

Biskut

Biskut merupakan sumber kepada karbohidrat yang diproses, sama seperti kek dan pastri. Kumpulan makanan ini merupakan penyebab sembelit yang ideal, ia – kurang serat, rendah kandungan air dan tinggi lemak. Jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut kerana lebih bagus untuk pelawasan usus.

Pisang

Fakta yang menarik berkenaan pisang ialah ia merupakan punca sembelit tetapi ia juga boleh melegakan sembelit. Rahsianya terdapat ketika memilih pisang. Pisang yang kurang masak boleh menyebabkan masalah sembelit. Sebaliknya pisang yang masak kuning adalah kaya dengan serat larut air dan pengambilannya dapat melancarkan proses buang air besar.

  • 48
    Shares
  • 48
    Shares
Close Menu