Connect with us

Psikologi

5 Trik Untuk Mengurangkan Ketagihan Smartphone

65% rakyat Malaysia memiliki telefon pintar atau smartphone, menjadikan negara ini berada di tangga ke-10 di dunia bagi pemilikan telefon pintar. Kajian ini dilakukan oleh Pew Research Center dengan Korea Selatan, Australia dan Israel menduduki tangga teratas dalam pemilikan gajet.

Rakyat Malaysia juga menghabiskan purata 3 jam bersama telefon pintar dan menghabiskan 323MB data setiap hari untuk pelbagai jenis aktiviti online, menurut laporan Persona The Smartphone User (SUPR) 2015  yang dikeluarkan pada 19 Januari oleh Vserv.

Maka tidak hairanlah jika rakyat di negara ini sangat terdedah dengan risiko ketagihan smartphone. Pengesanan tanda-tanda ketagihan gajet dari pihak awal mampu mengatasi kesan-kesan buruk akibat penggunaan gajet yang keterlaluan. Kami ingin kongsikan beberapa trik untuk mengatasi rasa ketagih terhadap gajet tersebut.

Tutup atau tapis semua notifikasi

Push notification, fungsi getaran (vibration) dan notifikasi lain mengganggu tumpuan anda terhadap aktiviti seharian. Lakukan tapisan terhadap jenis notifikasi yang muncul di skrin. Pastikan anda mendapat notifikasi untuk maklumat yang benar-benar penting sahaja.

Buang aplikasi media sosial

Hampir 40% masa pengguna telefon di Malaysia dihabiskan untuk memeriksa dan berbual di media sosial. Oleh itu, langkah ini dilihat sangat efektif untuk mengurangkan masa dengan telefon. Kembalikan fungsi telefon untuk menerima panggilan dan SMS penting sahaja.

Jadualkan penggunaan gajet

Haramkan penggunaan gajet pada waktu tertentu seperti 1 jam sebelum dan selepas tidur, sewaktu makan dan ketika sedang berinteraksi dengan orang lain. Hadkan masa penggunaan seperti maksimum 2 jam sehari atau kurangkan kekerapan memeriksa telefon – setiap 15 minit, kemudian setiap 30 minit dan seterusnya.

Aktifkan mod malam

Cahaya biru pada skrin telefon akan mengaktifkan otak menjadikan anda lebih peka dan ‘menipu’ otak anda dengan menyangka bahawa hari masih siang. Sebab itu tidak digalakkan untuk menggunakan telefon sebelum waktu tidur. Pengaktifan mod malam membuatkan cahaya skrin menjadi sedikit malap dan mengurangkan stimulasi terhadap otak

Aktifkan setting rabun warna

Skrin gajet sentiasa dicipta untuk menghasilkan imej yang lebih menarik, untuk menarik perhatian pengguna. Bandingkan situasi jika anda menggunakan skrin telefon hitam putih, kurang menarik kan? Aktifkan setting rabun warna untuk mengurangkan masa anda bersama smartphone. Ia biasanya ditetapkan di menu Accessibility.

Lakukan langkah-langkah ini dan anda pasti mempunyai lebih masa untuk menerokai dunia sebenar di luar sana dan mengenalpasti potensi-potensi positif dalam diri anda.

  • 2
    Shares
Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Tanda-tanda Anda Ketagihan Smartphone – SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *