Connect with us

Pemakanan

5 Makanan Ini Akan Memastikan Anda Segar di Bulan Puasa

Berpuasa di dalam cuaca yang panas boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air dalam badan. Jika pengambilan air semasa berpuasa tidak mencukupi anda akan mula mengalami tanda-tanda dehidrasi seperti letih, sakit kepala, kekejangan otot, tekanan darah rendah dan degupan jantung menjadi lebih laju.

Untuk mengatasi masalah ini, anda harus minum air secukupnya. Pakar pemakanan mensyorkan 8-10 gelas air sehari untuk mengekalkan jumlah air dalam badan.

Tetapi, jika anda minum air terlalu banyak dalam masa yang singkat selepas berbuka puasa, anda akan mula berasa kembung, bukan?

Jangan risau, anda boleh mengambil 5 makanan berikut yang kaya dengan kandungan air bagi mengatasi masalah ini.

Tembikai

Tembikai merupakan buah-buahan yang popular sewaktu musim panas dan ia mengandungi 92% kandungan air.

Selain itu, buah tembikai kaya dengan serat dan vitamin seperti vitamin A dan C. Ia juga merupakan buah yang rendah kalori. 1 cawan tembikai hanya menghasilkan 46 kalori. Jadi ia bagus untuk membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan mengurangkan rasa lapar kerana kandungan airnya yang tinggi.

Oren

Buah oren bukan sahaja kaya dengan vitamin C yang baik untuk imuniti tubuh manusia, tetapi ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Oren mempunyai sekitar 88% kandungan air. Selain itu, asid sitrik dalam oren juga membantu mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium oxalate.

Air Kelapa

Air kelapa adalah antara minuman yang popular di bulan puasa. Ia mempunyai kandungan elektrolit yang tinggi terdiri daripada kalsium, potasium dan klorida, sesuai untuk memulihkan dehidrasi dalam tubuh badan kita.

Air kelapa juga lebih bagus diminum selepas bersukan kerana kandungan gulanya hanya separuh daripada minuman berelektrolit yang dijual di pasaran.

Susu Rendah Lemak

Selain air kelapa, susu merupakan alternatif terbaik kepada minuman elektrolit untuk kegunaan selepas bersukan. Ia mengandungi protein dan elektrolit yang mampu meningkatkan kembali jumlah air dalam badan.

Makanan Bersup

Sup sangat bagus untuk memulihkan masalah dehidrasi kerana ia biasanya diperbuat daripada cecair seperti air dan krim. Sup jenis cecair jernih seperti sup sayur atau sup ayam mempunyai kalori yang sangat rendah dan mampu membuatkan perut lebih kenyang dengan cepat.

  • 3
    Shares
Continue Reading
Advertisement
2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Tips Untuk Melegakan & Mencegah Sembelit | SihatKini

  2. Pingback: Kenapa Ibu Bapa Perlu Berjaga-jaga dengan HFMD? | SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *