Connect with us

Berita

5 Kisah Kemalangan Terburuk Dalam Sejarah Dunia Yang Berpunca Daripada Kurang Tidur

Tidak cukup tidur bukanlah satu masalah yang boleh diambil ringan. Selain memberi impak yang besar kepada kesihatan fizikal dan psikologi, kurang tidur juga boleh menyebabkan maut.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dari tahun 2014 hingga 2016, terdapat sebanyak 554 kes kemalangan jalan raya melibatkan staf kesihatan dan kebanyakannya berlaku sewaktu perjalanan pulang dari tempat kerja selepas bekerja di luar waktu pejabat.

Walaupun tidak terdapat bukti yang kukuh untuk menyatakan bahawa kemalangan-kemalangan yang berlaku dalam senarai ini berpunca daripada kekurangan jam tidur secara langsung,  kita tidak dapat menafikan peri pentingnya tidur terhadap daya konsentrasi untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

Chernobyl

Pada 26 April 1986, sebuah pusat janakuasa nuklear di Ukraine telah meletup, menjadikan ia bencana nuklear paling dahsyat di dunia setakat ini. Dikatakan jurutera yang terlibat dalam mengendalikan reaktor tersebut telahpun bekerja berterusan selama 13 jam. 3 orang pekerja di stesen tersebut meninggal serta-merta. Seramai 240 orang dijangka mengalami keracunan akibat radiasi tetapi kemudiannya sebanyak 134 kes telah disahkan. Daripada jumlah ini, seramai 28 orang meninggal dunia dalam masa beberapa minggu selepas kejadian berlaku.

Walau bagaimanapun, kematian sebenar akibat kemalangan ini tidak dapat ditentukan kerana radiasi mempunyai kesan jangka panjang.

Three Mile Island

Kejadian ini merupakan kemalangan nuklear yang terbesar berlaku di Amerika. Ia berlaku pada 28 Mac 1979 di Pennsylvania, sekitar jam 4 pagi. Staf janakuasa yang bertugas tidak menyedari bahawa berlaku kerosakan pada pam air menyebabkan wap tidak dapat dihasilkan untuk menyejukkan reaktor. Pihak terlibat kemudiannya menyedari bahawa separuh daripada salah satu reaktor telah mencair. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tidak terdapat kesan kemalangan ke atas kawasan sekitar.

BACA JUGA  7 Tips Tidur Khas Buat Mereka Yang Susah Tidur Malam, Anda Pasti Tidur Lena Selepas Mengamalkannya

Letupan Kapal Angkasa The Challenger

Pada pagi 28 Januari 1986, kapal angkasa The Challenger telah meletup setelah 73 saat berlepas daripada tapak pelancaran. Menurut laporan pada hari kejadian, sebahagian daripada kumpulan pengurus hanya sempat tidur selama 2 jam sebelum hadir di tempat kerja pada jam 1 pagi. Walaupun jurutera telah memberi amaran dan mencadangkan supaya pelancaran The Challenger ditangguhkan, kumpulan pengurus ini telah menolak cadangan tersebut.

Suruhanjaya Siasatan Kemalangan The Challenger telah menyimpulkan bahawa tekanan mengejar masa telah menyebabkan kumpulan staf tersebut kehilangan waktu tidur mereka dan membuat pertimbangan yang salah semasa kejadian.

Tumpahan Minyak oleh Kapal Tanker Exxon Valdez

Kejadian tumpahan minyak terbesar dalam sejarah Amerika ini berlaku pada tahun 24 Mac 1989 apabila tangki simpanan minyak Exxon Valdez meletup di Alaska pada 1989 mengakibatkan 42 juta liter minyak tumpah. Ketika kejadian, juru kemudi kapal sedang tidur selepas krew kapal bekerja mengisi minyak ke dalam kapal selama 22 jam tanpa rehat yang cukup. Kapal tersebut telah merempuh sebuah karang di Prince William Sound selepas juru kemudi gagal untuk mengelak.

Kemalangan American Airlines Flight 1420

Pesawat American Airlines Flight 1420 terbabas daripada landasan di lapangan terbang Little Rock mengakibatkan 11 orang terbunuh termasuk kapten kapal dan sejumlah krew dan penumpang cedera pada Jun 1999. Walaupun cuaca buruk sewaktu hari kejadian menjadi punca utama kemalangan berlaku, pegawai penyiasat tidak dapat menafikan bahawa kepenatan akibat jadual penerbangan yang panjang menjadi faktor kejadian berlaku. Semasa kejadian, krew kapal telah bertugas selama 13 jam dan berjaga lebih kurang 16 jam. Mereka gagal untuk mengaktifkan sistem spoiler semasa pendaratan di kapal terbang menyebabkan kapal terbang tersebut terbabas.

BACA JUGA  6 Makanan Punca Sembelit Yang Menjadi Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

 

  • 11
    Shares
Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 7 Tabiat Tidur Yang Efektif Harus Diketahui Oleh Mereka Yang Susah Tidur Malam | SihatKini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *