Connect with us

Kecantikan

4 Jenis Face Mask Semulajadi Untuk Dicuba Bulan Puasa Ini

Kulit kering akibat kekurangan air sering terjadi di bulan Ramadhan kerana kuantiti air yang diminum berkurangan berbanding hari-hari biasa. Selain memastikan kuantiti gelas air yang cukup, penggunaan face mask atau masker wajah semulajadi dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit.

Berikut ialah jenis-jenis face mask dari bahan semulajadi yang anda boleh cuba, mengikut jenis kulit anda.

Pisang dan Madu Baik untuk Kulit Berminyak

Mempunyai kulit berminyak tidak bererti kulit anda bebas daripada masalah dehidrasi. Resipi masker ini sangat mudah untuk dicuba oleh mereka yang mempunyai kulit seperti ini.

  • 1/4 cawan pisang (dilenyek)
  • 1 sudu kecil madu
  • Perahan lemon (*Elakkan jika kulit anda sensitif)

Campurkan kesemua bahan dan biarkan masker pada muka selama 15 minit. Kemudian, bilas muka dengan air suam dan pakai krim pelembap seperti biasa.

Pisang mengandungi zat mineral (potasium, zink, zat besi dan mangan) serta vitamin A, B, C dan E yang baik untuk kulit. Madu pula berfungsi untuk memelihara kelembapan kulit dan lemon bertindak sebagai anti-bakteria untuk mengurangkan jerawat yang menjadi masalah kepada kulit berminyak.

 Yogurt Penawar Kulit Kering

Kaya dengan protein, vitamin dan mineral, yogurt bukan sahaja baik untuk penghadaman tetapi mampu mengembalikan kelembapan pada kulit kering serta-merta. Asid laktik juga turut membantu melembapkan kulit. Pilihlah Greek yogurt sebagai masker semulajadi kerana ia kaya dengan asid laktik.

  • 2 sudu besar Greek yogurt
  • 1 sudu kecil madu
  • Perahan lemon (*Elakkan jika kulit anda sensitif)

Gaul rata kesemua bahan dan letakkan pada muka selama 10 minit. Bilas bersih dengan air suam dan pakai krim pelembap.

Penggunaan lemon dalam masker wajah mampu memberikan kecerahan kepada kulit.

Manjakan Kulit Kombinasi dengan Susu

Jika anda berkulit kombinasi, biasanya kulit anda lebih beminyak di sekitar T-zone tetapi lebih kering di pipi. Campuran masker susu dan tanah liat boleh membantu jenis kulit ini kerana asid laktik dalam susu berfungsi melembapkan kulit manakala tanah liat pula menyerap lebihan minyak pada kulit.

Campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati dan sapu pada seluruh muka kecuali mata dan mulut. Biarkan selama 10-15 minit. Jangan biarkan masker ini kering.

Masker Oat Sesuai Untuk Semua

Satu lagi bahan semulajadi yang mempunyai fungsi melembapkan dan menyegarkan kulit ialah oat. Oat sesuai digunakan sebagai face mask untuk ketiga-tiga jenis kulit.

  • 1/4 cawan oat
  • 3/4 cawan air panas
  • 3 sudu besar yogurt
  • 2 sudu besar madu

Campurkan oat bersama air panas dan kacau rata sehingga sebati. Kemudian masukkan yogurt dan madu ke dalam campuran tersebut. Sapu masker pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan air suam bersih dan pakai pelembap.

Selamat mencuba.

  • 1
    Share
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *